SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

OPERASI LATIHAN VOKASIONAL

VOCATIONAL TRAINING OPERATION

(VTO)




Institute Of Professional Techniques & Skills

mendapat kelulusan dari 

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), 

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

untuk menjalankan

Sijil Kemahiran Malaysia

Operasi Latihan Vokasional (VTO)

kepada mereka yang berminat untuk menjadi

Pengajar / Pensyarah / Cikgu dalam bidang kemahiran.

Apakah Kursus VTO?

Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Latihan Vokasional atau dalam bahasa Inggeris Vocational Training Operation (VTO) adalah kursus untuk melatih peserta dalam teknik mengajar bidang kemahiran dimana peserta akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM (modul), teknik mengajar bidang kemahiran, latihan pembangunan soalan-soalan kemahiran dan lain-lain.


Siapa yang patut menghadiri Kursus VTO ?

Individu yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar / cikgu / pensyarah di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).


Kenapa perlu mengambil Kursus VTO ?

Sijil VTO diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai ( tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumbar Manusia.

Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh sertai Kursus VTO ?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran.

Siapa & Kenapa Perlu Mengambil VTO ?  

Pensyarah Sepenuh Masa

Mereka yang memerlukan Sijil VTO bagi memenuhi syarat pekerjaan. 

Contoh : Cikgu / pensyarah sepenuh masa  bidang kemahiran di kolej kemahiran kerajaan dan swasta (Pegawai Penilai) diwajibkan mempunyai Sijil VTO untuk mengajar Sijil Kemahiran Malaysia atau Diploma Kemahiran Malaysia.

Pensyarah Separuh Masa

Mereka yang memerlukan kemahiran mengajar  untuk tujuan permohonan kerja.

Contoh : Mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja dalam bidang kecantikan tetapi tidak mempunyai kemahiran mengajar untuk bekerja di kolej kemahiran sebagai pensyarah separuh masa (Tenaga Pengajar).

Tenaga Pengajar / Trainer

Kursus Jangka Pendek

Sijil Train The Trainer (TTT)

Mereka yang mempunyai sijil VTO hanya perlu membayar RM300 (Jimat RM2,200) bagi mendapatkan Sijil TTT dari PSMB / HRDF. Kaedah biasa mendapatkan Sijil TTT adalah dengan mengikuti latihan (RM2,500) 

Maklumat Kursus 

 Sijil Kemahiran Malaysia 

 Tahap 3  (I-031-3:2014)

 Operasi Latihan Vokasional /

 Vocational Training Operation

 (VTO)

  Jangka Masa :  9 Bulan

  (3 Bulan - Teori, 6 Bulan - Praktikal)

  Kemasukan :   Jan / Feb


Syarat Kelayakan



1. Lulus sesi temuduga dan penerangan di institut

2. Warganegara Malaysia

3. Berumur 20 hingga 55 tahun

4. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik

5. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dan ke atas.*

* Pemohon yang tiada SKM 3 perlu mempunyai pengalaman bekerja lebih 3 tahun dalam bidang kemahiran yang diceburi (Permohonan SKM-PPT).


Yuran Kursus



Yuran Pendaftaran : RM 300.00

Yuran Kursus : RM 2,700.00

Jumlah Yuran : RM 3,000.00


Bayaran Secara Ansuran :

RM 300.00 sebulan


*Bayaran secara tunai / kad kredit.

*Diskaun untuk bayaran secara lump sum.



Modul Kursus


1. Teaching & Learning Implementation

2. Competency Based Curriculum Development

3. Competency Assessment Development

4. Teaching & Learning Materials Development

5. Co-Curriculum Activities Implementation

6. Training Facilities Security & Safety Administration

7. Instructional Delivery

VTO-PPT

Individu yang sudah mempunyai pengalaman mengajar bidang kemahiran boleh mengambil Sijil VTO melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).

Lebih MUDAH & CEPAT

SKM-PPT

Individu yang tidak mempunyai SKM 3 tetapi mempunyai pengalaman bekerja 3 tahun  boleh mengambil SKM 3 melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT)

Lebih MUDAH & CEPAT



Cara Untuk Menyertai Kursus VTO

1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, Isi Borang Permohonan Online dan tekan SUBMIT.

2. Pihak institut akan Whatsappkan tarikh ke Sesi Temuduga kemasukan Kursus VTO. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda.

3. Hadir pada tarikh tersebut dan pelajar yang lulus sesi temuduga akan diberikan taklimat berkenaan kursus dan dibenarkan mendaftar kemasukan.

4. Hadir kelas pertama Kursus VTO.

Hanya pemohon yang hadir dan lulus sesi temuduga sahaja dibenarkan menyertai kursus ini.

Terima kasih.

##formID9d0f7d47b67bbd43993bba3b7115c316end##
BORANG PERMOHONAN ONLINE KURSUS VTO DI IPTSKILLS
**BUKAN CIAST**
*Huruf BESAR sahaja
*No.telefon dinyatakan diatas perlu ada Whatsapp
*Jan / Feb
Maklumat Berkenaan Kelayakan Anda
*SKM 1 / SKM 2 / SKM 3 / DKM
*Contoh : Mekatronik / Jahitan / Masakan / Otomotif / Etc
Kepada Pemohon yang tidak mempunyai SKM / DKM sila isi ruangan dibawah :
*Contoh : 3 tahun 6 bulan
*Contoh : Pentadbiran / Akaun / Marketing / Masakan / Jahitan / Etc
Selepas tekan butang Submit dibawah jika anda tidak menerima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tekan butang Submit sekali lagi. Jika tidak berjaya juga sila hubungi / sms ke 011-32325300. Terima kasih.
 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon dibawah :  
  

011-32325300
  

03-77334111