Berkenaan
Institute Of Professional
Techniques & Skills

IPTSkills

Institute Of Professional Techniques & Skills (IPTSkills) atau Institut Teknik & Kemahiran Profesional ditubuhkan pada 2014 dan diuruskan oleh Iptskills Sdn Bhd bertempat di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.  IPTSkills merupakan pusat latihan swasta yang berdaftar dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Matlamat penubuhan IPTSkills adalah untuk melengkapkan belia dengan kemahiran yang diperlukan agar mereka dapat mencapai kerjaya impian dan meningkatkan pendapatan masing-masing melalui program, kursus, latihan dan bengkel kemahiran yang dijalankan di IPTSkills.


Visi



Menjadi institusi kemahiran dan pendidikan yang dikenali, dipercayai dan menjadi pilihan utama pelajar dari dalam dan luar negara.



Misi



Melahirkan profesional dengan budaya kerja cemerlang, berkemahiran dan berinovatif setaraf pekerja negara maju bagi meninggikan qualiti produk dan perkhidmatan di Malaysia untuk bersaing diperingkat antarabangsa.

Melahirkan profesional dengan nilai - nilai keusahawanan dan pengetahuan yang diperlukan untuk menerokai dan berjaya dalam bidang perniagaan bagi menggalakan serta mewujudkan generasi baru usahawan di Malaysia.



Objektif



1. Melndidik dan menerapkan etika dan moral kerja tinggi yang membawa kepada graduan berketerampilan, berakhlak, bertanggungjawab serta komited ke arah kecemerlangan, kepimpinan, integriti dan profesionalisme yang dipilih.

2. Melatih dan melengkapkan belia dengan kemahiran terkini dengan tahap kesempurnaan yang tinggi bagi memenuhi piawaian dan permintaan industri di Malaysia dan antarabangsa.

3. Menerapkan nilai keusahawanan dan melengkapkan belia dengan pengetahuan dalam perniagaan berkaitan kursus yang dipilih.

4. Menyediakan kemudahan prasaranan yang cantik, moden dan lengkap dimana pelatih boleh menerokai dan mendalami kemahiran yang dipilih.

5. Mencapai matlamat dengan operasi yang bersih dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan-badan kerajaan dan swasta yang terlibat.