BENGKEL PENYEDIAAN PERMOHONAN PENILAIAN PENCAPAIAN TERDAHULU
(SKM-PPT)

Memiliki SKM Melalui Pengalaman Kerja
Rancangan Malaysia Ke-11 (RM-11) menyasarkan peningkatan modal insan berkemahiran tinggi kepada 35% menjelang 2020.

Selaras dengan sasaran tersebut, Sijil Kemahiran Malaysia melalui Penilaian Pencapaian Terdahulu menyediakan laluan kepada belia berkemahiran dan mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mempunyai sijil kemahiran, untuk memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang kemahiran yang diceburi (tidak perlu menghadiri kelas / latihan) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Diharap dengan perlaksanaan bengkel ini akan dapat membantu negara mencapai sasaran 35% modal insan berkemahiran tinggi menjelang 2020.  

Konsep PPT

Apakah SKM-PPT ?

Seseorang diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang dimiliki berdasarkan pengalaman dan kerja - kerja yang pernah dilakukan dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 

Kelebihan SKM Melalui PPT Berbanding SKM Melalui Latihan




Kos Yang Rendah






Masa Yang Singkat






Tidak Perlu Hadiri Latihan / Kelas



Siapa & Kenapa Perlu Mengambil SKM-PPT ?

Syarat Pekerjaan

Mereka yang memerlukan SKM bagi memenuhi syarat pekerjaan. 

Contoh : Cikgu atau pensyarah kemahiran di kolej kemahiran kerajaan dan swasta diwajibkan mempunyai SKM dalam bidang kemahiran yang akan diajar.

Kenaikan Pangkat & Gaji

Mereka yang memerlukan sijil bagi tujuan kenaikan pangkat atau gaji tempat kerja.

Contoh : Mereka yang hanya mempunyai sijil SPM atau pengalaman kerja (tidak mempunyai sijil akademik / kemahiran).

Kemasukan Diploma 

Mereka yang memerlukan sijil SKM 3 untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma MQA di Kolej Swasta.

Contoh : Kepada pelajar yang tidak mempunyai SPM 3 kredit, syarat baru kemasukan Diploma MQA di kolej swasta adalah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3. 


Bengkel Penyediaan Permohonan SKM-PPT

Bengkel ini membantu belia berkemahiran mendapatkan maklumat dan bimbingan cara dan kaedah yang betul bagi membangunkan portfolio untuk permohonan SKM-PPT dan cara, kaedah dan prosedur permohonan SKM-PPT yang betul. 


Maklumat Bengkel



Jangka Masa : 2 bulan

Mode : Partime

Kemasukan : Setiap Bulan*

*Minggu pertama & kedua setiap bulan



Syarat Penyertaan



1. Berumur 17 tahun keatas

2.Pengalaman bekerja dalam sesuatu bidang kemahiran.

Tahap 1 perlu ada 1 tahun pengalaman.

Tahap 2 perlu ada 2 tahun pengalaman.

Tahap 3 perlu ada 3 tahun pengalaman.

2

Yuran



RM 1,800.00

Bayaran secara ansuran :

RM 300.00 sebulan

*Bayaran secara tunai / kad kredit.

*Diskaun untuk bayaran secara lum sump.


Bidang kemahiran apa yang boleh mengambil SKM-PPT ?

Semua jenis bidang kemahiran yang telah disahkan oleh kerajaan. Sila lihat daftar NOSS diwebsite JPK untuk melihat senarai bidang kemahiran tersebut. 


Semua bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara tunai atau kad kredit. 


Cara Memohon Menyertai Bengkel

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas dan ingin menyertai bengkel ini, anda dikehendaki hadir ke SESI TEMUDUGA DAN PENERANGAN (percuma) di institut.

Untuk menghadiri sesi temuduga, sila isi maklumat anda di Borang Permohonan Online dengan lengkap dan tekan SUBMIT. Jika tidak terima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsapp ke 011-32325300.

Setelah menerima permohonan online anda, pihak institut akan maklumkan masa dan tarikh untuk anda hadir ke sesi temuduga di institut melalui Whatsapp di nombor telefon anda yang dinyatakan di Borang Permohonan Online tersebut.

Hanya pemohon yang hadir dan lulus sesi temuduga sahaja dibenarkan menyertai bengkel ini.

Terima kasih.

##formID798fd727192bca7e902cb0978e6fc07fend##
BORANG PERMOHONAN ONLINE BENGKEL SKM-PPT
*Huruf BESAR sahaja
No. telefon dinyatakan diatas perlu ada Whatsapp
Maklumat Berkenaan Pengalaman Bekerja Anda
*Contoh: Masakan / Jahitan / Otomotif / Elektrik / etc
*Contoh : SKM Tahap 1 / 2 / 3
 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon dibawah :  
  

011-32325300
  

03-77334111