BENGKEL PENYEDIAAN PERMOHONAN PENILAIAN PENCAPAIAN TERDAHULU
UNTUK SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA OPERASI LATIHAN VOKASIONAL
(VTO-PPT)

Memiliki Sijil VTO Melalui Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran
Rancangan Malaysia Ke-11 (RM-11) menyasarkan peningkatan modal insan berkemahiran tinggi kepada 35% menjelang 2020.

Selaras dengan sasaran tersebut, Sijil Kemahiran Malaysia melalui Penilaian Pencapaian Terdahulu menyediakan laluan kepada belia berkemahiran dan mempunyai pengalaman mengajar tetapi tidak mempunyai sijil VTO, untuk memperolehi Sijil VTO (tidak perlu menghadiri kelas / latihan) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Diharap dengan perlaksanaan bengkel ini akan dapat membantu negara mencapai sasaran 35% modal insan berkemahiran tinggi menjelang 2020.  

Konsep VTO-PPT

Apakah VTO-PPT ?

Seseorang diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang dimiliki berdasarkan pengalaman dan kerja - kerja yang pernah dilakukan dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Operasi Latihan Vokasional (VTO) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 

Kelebihan VTO Melalui PPT Berbanding Melalui Latihan



Tidak Perlu Praktikal





Masa Yang Singkat





Kos Yang Rendah


Siapa & Kenapa Perlu Mengambil VTO-PPT ?

Pensyarah Sepenuh Masa

Mereka yang memerlukan Sijil VTO bagi memenuhi syarat pekerjaan. 

Contoh : Cikgu atau pensyarah sepenuh masa bidang kemahiran di kolej kemahiran kerajaan dan swasta diwajibkan oleh kerajaan mempunyai Sijil VTO untuk mengajar Sijil Kemahiran Malaysia atau Diploma Kemahiran Malaysia.

Pensyarah Separuh Masa

Mereka yang memerlukan sijil mengajar untuk tujuan permohonan kerja.

Contoh : Mempunyai pengalaman bekerja sebagai tenaga pengajar bidang kecantikan tetapi tidak mempunyai sijil tenaga pengajar untuk memohon bekerja di kolej kemahiran sebagai tenaga pengajar separuh masa.

Tenaga Pengajar / Trainer

Kursus Jangka Pendek

Sijil Train The Trainer (TTT)

Mereka yang mempunyai sijil VTO hanya perlu membayar RM300 bagi mendapatkan Sijil TTT dari PSMB / HRDF. Kaedah biasa mendapatkan Sijil TTT adalah dengan mengikuti latihan (RM 2,500). 

Bengkel Penyediaan Permohonan VTO-PPT

Bengkel ini membantu peserta mendapatkan maklumat & bimbingan cara & kaedah yang betul bagi membangunkan portfolio, WIM dan simulasi mengajar untuk permohonan VTO-PPT dan cara, kaedah dan prosedur permohonan VTO-PPT yang betul.


Maklumat Bengkel



Jangka Masa : 4.5 bulan

Mode : Partime

Kemasukan : Sep, Feb  


Syarat Penyertaan



1. Mempunyai Pengalaman mengajar latihan  kemahiran lebih daripada  4 tahun.

2. Berumur 30 tahun ke atas.


Maklumat Bengkel



RM 3,000.00

Bayaran secara ansuran : 

RM 300.00 sebulan


Bidang kemahiran apa yang boleh mengambil VTO-PPT ?

Semua jenis bidang kemahiran yang telah disahkan dan diiktiraf oleh kerajaan. 


Semua bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara tunai atau kad kredit.


Cara Memohon Menyertai Bengkel

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas dan ingin menyertai bengkel ini, anda dikehendaki hadir ke SESI TEMUDUGA DAN PENERANGAN (percuma) di institut.

Untuk menghadiri sesi temuduga, sila isi maklumat anda di Borang Permohonan Online dengan lengkap dan tekan SUBMIT. Jika tidak terima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsapp ke 011-32325300.

Setelah menerima permohonan online anda, pihak institut akan maklumkan masa dan tarikh untuk anda hadir ke sesi temuduga di institut melalui Whatsapp di nombor telefon anda yang dinyatakan di Borang Permohonan Online tersebut.

Hanya pemohon yang hadir dan lulus sesi temuduga sahaja dibenarkan menyertai bengkel ini.

Terima kasih.

##formID29e9b9783139dad8141564bb6df2b13aend##
BORANG PERMOHONAN ONLINE BENGKEL VTO-PPT
*Huruf BESAR sahaja
*No.telefon dinyatakan diatas perlu ada Whatsapp (cth: +601132325300)
Maklumat Berkenaan Kelayakan Anda
*Contoh: Spa / Dandan Rambut / Otomotif / Masakan / Etc
Selepas tekan butang Submit dibawah jika anda tidak menerima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tekan butang Submit sekali lagi. Jika tidak berjaya juga sila Whatsapp / sms ke 011-32325300. Terima kasih.
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon dibawah :  
  

011-32325300
  

03-77334111