KURSUS TENAGA PENGAJAR

TRAIN OF TRAINER

(TOT)

Kursus Tenaga Pengajar

atau

Train Of Trainer (TOT)

adalah kursus untuk melatih peserta

 merancang dan membangunkan 

sesebuah kursus serta melatih 

peserta dengan kaedah dan teknik 

mengajar yang betul.


Siapa yang patut menghadiri Kursus TOT ?


1. Individu yang mempunyai perniagaan sendiri dan ingin menjalankan kursus berkaitan perkhidmatan perniagaan tersebut di premis perniagaan mereka.

Contoh : 

a) Individu yang mempunyai salon rambut dan ingin menjalankan kursus dandan rambut atau make-up di salon tersebut untuk meningkatkan pendapatan syarikat.

b) Individu yang menjalankan perniagaan spa terapi dan ingin menjalankan kursus spa-terapi untuk meningkatkan pendapatan syarikat.

Lain-lain contoh :

  • Kedai Kek - Kursus Membuat Kek
  • Kedai Roti - Kursus Membuat Roti
  • Kedai Jahit - Kursus Jahitan
  • Kedai Manicure - Kursus Manicure
  • Kedai Printing - Kursus Reka Grafik
  • Kedai Gambar - Kursus Photography
  • Kedai Baiki Kereta - Kursus Baiki Kereta
  • Kedai Handphone - Kursus Baiki Hanphone
  • Kedai Komputer - Kursus Baiki Komputer


2. Individu yang ingin menjadi Tenaga Pengajar Jemputan (Freelance Trainer) untuk sesuatu kursus

Contoh :

Individu yang bekerja sepenuh masa di syarikat swasta sebagai pengurus dan ingin menjadi Freelance Trainer untuk Kursus Etika Kerja bagi menambah pendapatan bulanan setiap bulan.

Lain-lain contoh :

  • Bekerja bahagian Akaun - Kursus Pengurusan Invois
  • Bekerja Kedai Jahit - Kursus Jahitan baju Melayu
  • Bekerja sebagai Graphic Designer - Kursus Reka Grafik Kad Kahwin
  • Bekerja sebagai Jurugambar - Kursus Jurugambar Majlis Kahwin
  • Bekerja sebagai Hairstylist - Kursus Dandan & Solek Pengantin


3. Individu yang ingin menjadi Cikgu Tuisyen atau Penceramah Bebas

Contoh :

  • Cikgu Tuisyen - Matematik, Sains, Sejarah, etc
  • Penceramah - Pemceramah Motivasi, Penceramah Agama, etc

Kenapa Perlu Mengambil Kursus TOT ?  

Mempelajari Teknik Mengajar Yang Betul & Berkesan

Peserta akan mempelajari metodologi dan karekter seorang tenaga pengajar, prinsip - prinsip bagi menyampaikan sesi pengajaran yang berkesan dengan menggunakan teknik mengajar yang betul.

Mendapatkan Sijil Mengajar Sebagai Bukti Kelayakan Mengajar

Peserta akan menerima Sijil Tenaga Pengajar / Train Of Trainer (TOT) selepas tamat kursus dari Institute Of Professional Techniques & Skills.

Mempelajari Kaedah Membangunkan Struktur & Silibus Program Dengan Betul

Peserta akan mempelajari kaedah membangunkan struktur dan silibus sesuatu program dengan betul dan memenuhi keperluan peserta kursus.  

Pengajar bidang apa yang boleh menyertai Kursus TOT ?

Kursus TOT ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang.


Bagaimanakah sesi kursus ini dijalankan ?

Kursus ini dijalankan melalui syarahan, perbincangan kumpulan, pembentangan kumpulan, role-play dan latihan teknik mengajar. 

Modul Hari 1



1. TENAGA PENGAJAR YANG KOMPETEN

   - Mengenalpasti objektif pelajar menyertai kursus / latihan

   - Memahami gaya pembelajaran pelajar

   - Menggunakan gaya pengajaran secara berkesan semasa kursus / latihan

   - Memahami etika kursus / latihan


2. MENGENDALIKAN ANALISA KEPERLUAN KURSUS / LATIHAN

   - Skop analisa keperluan kursus / latihan

      > Analisa organisasi peserta

      > Analisa pekerjaan peserta

      > Analisa peserta secara individu      

   - Proses menganalisa keperluan sesuatu kursus / latihan


Modul Hari 2



3. MEMBANGUNKAN & MEREKA BENTUK PROGRAM KURSUS / LATIHAN
   - Memahami standard pekerjaan
   - Menentukan keperluan program secara keseluruhan
      > Program objektif
      > Syarat kemasukan
      > Sasaran peserta
   - Menentukan hasil pembelajaran
      > Kenyataan prestasi
      > Penilaian karekter
   - Menyediakan aturan & isi kandungan kursus / latihan
      > Menentukan topik & sub-topik
      > Aturan isi kandungan
      > Menentukan peruntukan masa
   - Menentukan kaedah latihan
      > Pemilihan bahan latihan
      > Membangunkan bahan latihan

4. MENJALANKAN PROGRAM LATIHAN
   - Mereka bentuk pelan sesi program
   - Koordinasi perancangan pentadbiran
   - Menggalakan pembelajaran
   - Memantau kumpulan
   - Memantau pembelajaran
   - Soalan & penilaian
   - Menggunakan aktiviti latihan yang efektif; case studies, role-play, demonstrasi, game, simulasi, kerja kumpulan, workshop, etc
   - Memberi sokongan pembelajaran   


Modul Hari 3



5. MENILAI PELAJAR / PESERTA

   - Merancang Penilaian 

   - Membuat persediaan bahan bagi penilaian 

   - Membangunkan kaedah bagi penilaian

   - Menjalankan penilaian

   - Mentadbir penilaian


6. PEMBENTANGAN

   - Program Kursus

   - Teknik Mengajar 

  Maklumat Kursus

  Sijil : Kursus Tenaga Pengajar /

            Train Of Trainer (TOT)

  Kemasukan : Setiap Bulan  

  Jangka Masa :  3 Hari

  Masa : 9 a.m hingga 5 p.m

  Hari :   Partime - Sabtu

  Fulltime - Rabu, Khamis & Jumaat

  

  Syarat Penyertaan : 

  - Berumur 20 tahun dan keatas

  Yuran Kursus : RM 2,000.00*

  * Bayaran secara tunai/kad kredit.


Semua bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara tunai atau kad kredit :


Cara Untuk Menyertai Kursus TOT

1. Isi Borang Permohonan Online dan tekan SUBMIT.

2. Pihak institut akan Whatsappkan tarikh kursus akan dijalankan. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda.

3. Hadir pada tarikh tersebut , bayar yuran kursus dan terus mula kursus.

Terima kasih.

##formID26698f9c5d6dc04285e596f1a14f9155end##
BORANG PERMOHONAN ONLINE KURSUS TOT
*Huruf BESAR sahaja
*No.telefon dinyatakan diatas perlu ada Whatsapp
*Mac / Apr / Mei / Jun
 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon dibawah :  
  

011-32325300
  

03-77334111

VTO-PPT

Individu yang ingin mengajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), perlu mengambil Kursus VTO.

SKM-PPT

Individu yang tidak mempunyai SKM 3 tetapi mempunyai pengalaman bekerja 3 tahun  boleh mengambil SKM 3 melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT)

Lebih MUDAH & CEPAT