TVET
Kursus Diploma Kemahiran Malaysia
Seni Pastri & Bakeri
(Bagi Pelajar Yang Mempunyai SKM Tahap 3)
PENGURUSAN PASTRI & ROTI
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pastri & Roti (Seni Pastri & Bakeri) Tahap 4 kepada pelajar yang berminat menceburi bidang pastri dan bakeri.
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran DKM
Dapat Fokus & Pembelajaran Yang Mudah Difahami
Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.
Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar.
Tidak Perlu Risau
Berkenaan Kewangan
Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan, elaun pengangkutan dan elaun belian komputer disediakan.
Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan.
Sijil Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan
Sijil DKM diiktiraf kerajaan dan Pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.
Sistem latihan DKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil
Apakah kursus Diploma Seni Pastri & Roti ?
Diploma Seni Pastri & Bakeri atau nama rasminya Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Pastri & Roti adalah kursus lanjutan kepada kursus SKM Pembuatan Pastri & SKM Pembuatan Roti Tahap 3. Bermakna pelajar yang ingin menyertai kursus ini perlu mempunyai SKM Pembuatan Pastri atau SKM Pembuatan Roti Tahap 3 terlebih dahulu.
Pelajar yang menyertai kursus diploma ini akan mempelajari berkenaan pengurusan dan pentadbiran sesebuah cafe atau kedai kek dan bakeri dari segi kawalan kos, pemantauan kualiti, pengurusan operasi harian dan pembangunan kakitangan serta kaedah jualan dan pemasaran produk pastri dan bakeri.
Diploma Seni Pastri & Bakeri @ IPTSkills
Penerangan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan & Pembuatan Makanan (Seni Kulinari) di IPTSkills
Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Seni Kulinari di IPTSkills berbanding di tempat lain
Studio Kulinari IPTSkills Lengkap, Baru, Modern & Terkini
Penerangan fasiliti dan peralatan di Studio Kulinari IPTSkills
Kelebihan Belajar di IPTSkills
Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan
Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.
Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti
Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.
Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.
Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses
IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan.
Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.
Testimoni Pelajar IPTSkills
Sijil Akan Diterima :
-
Diploma Kemahiran Malaysia
Tahap 4
Pengurusan Pastri & Roti
(HT-013-4:2012)
-
Sijil Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan
Jangka Masa :
-
7 bulan + 4 bulan internship
Kemasukan :
-
Sep & Okt 2024
ISI KANDUNGAN DIPLOMA SENI PASTRI & BAKERI
( Tahap 4 Sahaja)
1. Kebersihan, Keselamatan Dapur Dan Pengendalian Makanan . - Keperluan dalam aktiviti pengendalian makanan. - Alatan pengendalian makanan, klasifikasi dan peralatan dapur . - Klasifikasi bahan masakan. - Prinsip penerimaan dan penyimpanan bahan masakan. - Kekalkan keperluan aktiviti pengendalian makanan. - Tata kebersihan dan kebersihan di tempat kerja.
2. Pengurusan Pengeluaran Pastri & Bakeri - Mengenal pasti keperluan dan spesifikasi operasi jabatan - Merancang aktiviti pengeluaran pastri & bakeri - Mentadbir aktiviti pengeluaran pastri & bakeri - Menilai aktiviti pengeluaran pastri & bakeri
3. Pemantauan Jaminan Kualiti Pastri & Bakeri - Kenal pasti keperluan pemantauan standard jaminan kualiti - Menilai keperluan pemantauan standard jaminan kualiti - Merekodkan aktiviti pemantauan standard jaminan kualiti
4. Pembangunan Staf Pastri & Bakeri - Mengenal pasti prestasi kakitangan - Merancang program pembangunan kakitangan - Mentadbir program latihan kakitangan - Menilai kecekapan kakitangan
5. Kos Pastri & Bakeri - Pemilihan menu mengikut pengeluaran harian - Melaksanakan penyediaan standard resipi - Penyediaan kos pasti & bekeri - Memantau aktiviti kawalan kos pastri & bakeri
6. Penyelenggaraan & Pemantauan Peralatan Pastri & Bakeri - Mengenal pasti peralatan yang rosak - Menyelaraskan kerja pembaikan dan penyelenggaraan - Memantau aktiviti penyelenggaraan peralatan - Menyusun dan merekodkan aktiviti penyelenggaraan peralatan
Contoh Kelas Masakan Pelajar
Prospek Kerjaya
Program ini menawarkan peluang kerjaya yang lumayan yang membawa kepada laluan kerjaya yang berbeza bermula dari Baker / Pembuat Kek sehinggalah menjadi Pastri Chef / Cake Designer / Pemilik Kedai Kek & Roti / Pensyarah Kek & Roti.
Pastry Chef
Menggunakan kreativiti dan seni untuk mereka bentuk pencuci mulut dan kek di hotel, cafe dan kedai kek.
Cake Designer
Mencipta dan mereka bentuk kek istimewa untuk majlis tertentu di hotel, kedai kek, cafe dan tempahan atas talian.
Baker
Bekerja dengan doh untuk membuat roti di hotel, restoran, kedai roti, cafe dan syarikat katering.
Lain-lain Kerjaya
Pemilik Restaurant / Cafe
Pemilik Kedai Kek / Bakeri
Pensyarah Pastri / Bakeri
Influencer / Content Creator
Pendidikan Lanjutan
Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat:
-
Sarjana Muda MQA dalam Seni Pastri & Bakeri, Pengurusan Hotel, Pengurusan Perniagaan
atau
-
Diploma TVET-i - Diploma Pensyarah Kemahiran
Syarat Kelayakan
-
Berdisiplin dan komited
-
Berumur 16 hingga 26 tahun
-
Sihat tubuh badan
-
Boleh membaca, mengira & menulis
-
Mempunyai SKM Tahap 3 bidang yang sama.
Kemasukan 50 orang sahaja
Yuran Kursus
Yuran Proses :
RM 500.00 -> RM 400.00
Yuran Kursus : RM 10,400.00
*Yuran kursus adalah mengikut kadar yuran PTPK yang baru tahun 2022.
Pelajar yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk yuran kursus, elaun sara hidup (RM600 sebulan), elaun pengangkutan (RM500) dan elaun komputer (RM2,500) dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Kemudahan @ IPTSkills
Kemudahan yang tersedia di sekitar IPTSkills
Panduan perjalanan dari KL Sentral ke IPTSkills menggunakan pengangkutan awam
Cara Permohonan Menyertai Kursus
1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, isi Borang Permohonan Online dan tekan Submit.
2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan hubungi / Whatsapp anda berkenaan permohonan dan kemasukan kursus. Jika tidak terima Whatsapp dari kami sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsappkan ke 011-6323 5200.
3. Surat Tawaran Kemasukan akan diposkan selepas pegawai kami menghubungi anda .
*Hanya pemohon yang berjaya dihubungi sahaja yang akan menerima surat tawaran.
Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :