KURSUS TENAGA PENGAJAR (TP)

Kursus Tenaga Pengajar (TP) adalah kursus untuk melatih peserta merancang dan membangunkan sesebuah kursus serta melatih peserta dengan kaedah dan teknik mengajar yang betul.

Kepentingan Mengambil Kursus Tenaga Pengajar

Mempelajari Teknik Mengajar Yang Betul & Berkesan

Peserta akan mempelajari metodologi dan karekter seorang tenaga pengajar, prinsip-prinsip bagi menyampaikan sesi pengajaran yang berkesan dengan menggunakan teknik mengajar yang betul.

Mempelajari Pembangunan Struktur & Silibus Program

Peserta akan mempelajari kaedah membangunkan struktur dan silibus sesuatu program dengan betul dan memenuhi keperluan peserta kursus.

Menerima Sijil Mengajar Sebagai Bukti Kelayakan Mengajar

Peserta akan menerima Sijil Tenaga Pengajar (TP) selepas tamat kursus dari Institute of Professional Techniques & Skills.

Siapa yang perlu menghadiri kursus ini?

1. Individu yang mempunyai perniagaan sendiri dan ingin menjalankan kursus berkaitan perkhidmatan perniagaan tersebut dipremis perniagaan mereka.
Contoh :
a) Individu yang mempunyai salon rambut dan ingin menjalankan kursus dandan rambut atau make-up di salon tersebut untuk meningkatkan pendapatan syarikat.
b) Individu yang menjalankan perniagaan spa terapi dan ingin menjalanakan kursus spa-terapi untuk meningkatkan pendapatan syarikat.

Lain-lain contoh :

  • Kedai Kek - Kursus Membuat Kek

  • Kedai Roti - Kursus Membuat Roti

  • Kedai Jahit - Kursus Jahitan

  • Kedai Manicure - Kursus Manicure

  • Kedai Printing - Kursus Reka Grafik

  • Kedai Gambar - Kursus Photography

  • Kedai Baiki Kereta - Kursus Baiki Kereta

  • Kedai Handphone - Kursus Baiki Handphone

  • Kedai Komputer - Kursus Baiki Komputer

2. Individu yang ingin menjadi Tenaga Pengajar Jemputan (Freelance Trainer) untuk sesuatu kursus.
Contoh :

a) Individu yang bekerja sepenuh masa sebagai Juruteknik Elektrik dan ingin menjadi Freelance Trainer untuk Kursus Asas Pendawaian Elektrik di kolej kemahiran swasta atau kerajaan.

Lain-lain contoh :

  • Bekerja bahagian akaun - Kursus Pengurusan Invois

  • Bekerja kedai jahit - Kursus jahitan Baju Melayu 

  • Bekerja sebagai Graphic Designer - Kursus Reka Grafik

  • Bekerja sebagai Jurugambar - Kursus Jurugambar Majlis Kahwin

  • Bekerja sebagai Hairstylist - Kursus Dandan & Solek Pengantin

ISI KANDUNGAN KURSUS

1. Tenaga Pengajar Yang Kompeten

 

  • Mengenalpasti objektif pelajar menyertai kursus

  • Memahami gaya pembelajaran pelajar

  • Menggunakan gaya pengajaran secara berkesan semasa kursus

  • Memahami etika kursus

 

2. Mengendalikan Analisa Keperluan Kursus

 

  • Skop analisa keperluan kursus

  • Analisa organisasi peserta

  • Analisa pekerjaan peserta

  • Analisa peserta secara individu

  • Proses menganalisa keperluan sesuatu kursus

3. Membangunkan & Mereka Bentuk Program Kursus / Latihan

 

  • Memahami standard pekerjaan

  • Menentukan keperluan program secara keseluruhan

 

 

  1. Program objektif

  2. Syarat kemasukan

  3. Sasaran peserta

 

 

  • Menentukan hasil pembelajaran

 

 

  1. Kenyataan prestasi

  2. Penilaian karekter

  3. Menyediakan aturan & isi kandungan kursus

  4. Menentukan topik & sub-topik

  5. Aturan isi kandunga

  6. Menentukan peruntukan masa

  7. Menentukan kaedah latihan

  8. Pemilihan bahan latihan

  9. Membangunkan bahan latihan

4. Menjalankan Program Latihan

 

  • Mereka bentuk pelan sesi program

  • Koordinasi perancangan pentadbiran

  • Menggalakan pembelajaran 

  • Memantau kumpulan

  • Memantau pembelajaran

  • Soalan & penilaian

  • Menggunakan aktiviti latihan yang efektif, role-play, demonstrasi, game, simulasi, kerja kumpulan, workshop, etc.

  • Memberi sokongan pembelajaran

 

5. Menilai Pelajar/Peserta Kursus

 

  • Merancang penilaian

  • Membuat persediaan bahan bagi penilaian

  • Menjalankan penilaian

  • Mentadbir penilaian

 

6. Pembentangan

 

  • Program Kursus

  • Teknik Mengajar

Maklumat Kursus

Sijil Tenaga Pengajar (TP)

Masa : 9.00 am - 5.00 pm

Jangka Masa :  3 hari 

(Dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat)

Kaedah Pengajaran : One-to-one / Small group lesson

 

Yuran : RM 950.00

 

Penginapan (jika perlu) : RM45.00

Syarat Penyertaan : Berumur 20 tahun keatas

 

 

Klik untuk mohon sertai kursus 

   3 Langkah Mudah Untuk Sertai Kursus Tenaga Pengajar (TP)

1. Isi borang permohonan online dan tekan SUBMIT. Jika tidak terima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsapp ke 011-32325300.

2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan Whatsappkan tarikh kursus boleh dijalankan. Pilih tarikh yang bersesuaian dengan anda. Jika tidak terima Whatsapp dari kami, sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsapp ke 011-32325300.

 

3. Hadir pada tarikh tersebut, bayar yuran dan terus mula kursus.

BORANG KURSUS TENAGA PENGAJAR
arrow&v

Selepas tekan butang Submit dibawah, jika anda tidak menerima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tekan butang SUBMIT sekali lagi. Jika tidak berjaya juga, sila tangkap gambar borang yang diisi dan Whatsapp ke 011-32325300. Terima kasih

Isnin - Sabtu

8.30 a.m - 5.30 pm