KURSUS VTO

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

OPERASI LATIHAN VOKASIONAL

(VOCATIONAL TRAINING OPERATION - VTO)

Pada tahun 2017, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengiktiraf Institute Of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Latihan Vokasional (VTO) kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengajar / pensyarah / cikgu dalam bidang kemahiran.

Apakah Kursus VTO ?

VTO merupakan singkatan kepada Vocational Training Operation atau nama rasminya Kursus Sijl Kemahiran Malaysia Operasi Latihan Vokasional adalah kursus untuk melatih pelajar dalam teknik mengajar bidang kemahiran dimana pelajar akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM (modul), teknik mengajar bidang kemahiran, latihan pembangunan soalan teori dan amali dan lain-lain.

Siapa yang patut menghadiri Kursus VTO ?

Individu yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar / cikgu / pensyarah di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Kenapa perlu mempunyai Sijil VTO ?

Sijil VTO diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh sertai Kursus VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran

Siapa & Kenapa Perlu Mempunyai Sijil VTO?

Pensyarah

Sepenuh Masa

Mereka yang memerlukan Sijil VTO bagi memenuhi syarat pekerjaan.

Contoh : Cikgu / pensyarah sepenuh masa bidang kemahiran di kolej kemahiran kerajaan dan swasta (Pegawai Penilai) diwajibkan mempunyai Sijil VTO untuk mengajar Sijil Kemahiran Malaysia atau Diploma Kemahiran Malaysia.

Pensyarah

Separuh Masa

Mereka yang memerlukan kemahiran mengajar untuk tujuan permohonan kerja.

Contoh : Mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja dalam bidang kecantikan tetapi tidak mempunyai kemahiran mengajar untuk bekerja di kolej kemahiran sebagai pensyarah separuh masa (Tenaga Pengajar).

Pengajar Kursus

Jangka Pendek

Sijil Train The Trainer (TTT) dari PSMB (HRDF) diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek dibawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500. Bagi mereka yang memiliki Sijil VTO diberikan pengecualian untuk mengikuti Kursus TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200) bagi mendapatkan Sijil TTT.

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Operasi Latihan Vokasional /

Vocational Training Operation (VTO)

(I-031-3:2014)

 

Jangka Masa :

- Full-time 3 bulan teori + 6 bulan internship

- Part-time 4.5 bulan teori + 6 bulan internship

Pembelajaran : Online & Offline

Kemasukan :  Okt / Nov 2020

Syarat Kelayakan

  1. Lulus sesi temuduga & hadir sesi penerangan di institut.

  2. Warganegara Malaysia

  3. Berumur 20 hingga 50 tahun

  4. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik

  5. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dan ke atas.*

 

*Pemohon yang tiada SKM 3 perlu mempunyai pengalaman bekerja lebih 3 tahun dalam bidang kemahiran diceburi. Sila klik disini.

Yuran Kursus

Yuran Pendaftaran : RM 300.00

 

Yuran Kursus : RM 3,200.00

Jumlah Yuran : 

RM 3,500.00 -> RM 2,800.00

 

Yuran Promosi : RM2,400.00

sehingga 31 Oktober 2020

 

- Bayaran secara tunai/kad kredit.

*RM2,800 boleh bayar secara ansuran.

*Promosi untuk bayaran secara lump sum.

Modul Kursus

  1. Teaching & Learning Implementation

  2. Competency Based Curriculum Development

  3. Competency Assessment Development

  4. Teaching & Learning Materials Development

  5. Co-Curriculum Activities Implementation

  6. Training Facilities Security & Safety Administration

  7. Instructional Delivery

Cara Untuk Menyertai Kursus VTO

1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, Isi Borang Permohonan Online dan tekan SUBMIT.

 

2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan Whatsappkan tarikh Sesi Temuduga kemasukan Kursus VTO. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda. Boleh pilih Temuduga Online atau Offline. Jika tidak terima Whatsapp dari kami sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsappkan ke 011-32325300.

 

3. Hadir pada tarikh tersebut dan pelajar yang lulus sesi temuduga akan diberikan taklimat berkenaan kursus dan dibenarkan mendaftar kemasukan.

4. Hadir kelas pertama Kursus  VTO.

 

*Hanya pemohon yang hadir dan lulus sesi temuduga sahaja dibenarkan menyertai kursus ini.

BORANG PERMOHONAN ONLINE KURSUS VTO DI IPTSKILLS (*BUKAN CIAST)
arrow&v

Maklumat Berkenaan Kelayakan Anda

arrow&v

Pemohon yang tidak memiliki SKM 3 / DKM sila isi ruangan dibawah 

Selepas tekan butang Submit dibawah, jika anda tidak menerima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tekan butang SUBMIT sekali lagi. Jika tidak berjaya juga, sila tangkap gambar borang yang diisi dan Whatsapp ke 011-32325300. Terima kasih

 

Gambar Pelajar Kursus VTO Di IPTSkills

SESI 2019

SESI 2019

SESI 2018

SESI 2018

SESI 2019

SESI 2018

SESI 2018

SESI 2018

VTO + SKM PPT

Individu yang tidak mempunyai SKM 3 tetapi mempunyai pengalaman bekerja lebih 3 tahun perlu mengambil SKM 3 melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) dan Kursus VTO

VTO-PPT

Individu yang sudah mempunyai pengalaman mengajar bidang kemahiran boleh mengambil Sijil VTO melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT)

Lebih MUDAH & CEPAT

Isnin - Sabtu

8.30 a.m - 5.30 pm