Latar Belakang

Institute Of Professional Techniques & Skills

IPTSkills

Institute Of Professional Techniques & Skills (IPTSkills) atau Institut Teknik & Kemahiran Profesional ditubuhkan pada 2014 dan diuruskan oleh Iptskills Sdn Bhd bertempat di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 

 IPTSkills merupakan pusat latihan swasta yang berdaftar dibawah :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Pertubuhan Keselamatan Social (PERKESO)

Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

Matlamat penubuhan IPTSkills adalah untuk melengkapkan belia dengan kemahiran yang diperlukan agar mereka dapat mencapai kerjaya impian dan meningkatkan pendapatan masing-masing melalui program, kursus, latihan dan bengkel kemahiran yang dijalankan di IPTSkills.

Visi

Menjadi institusi kemahiran dan pendidikan yang dikenali, dipercayai dan menjadi pilihan utama pelajar dari dalam dan luar negara.

Misi

Melahirkan profesional dengan budaya kerja cemerlang, berkemahiran dan berinovatif setaraf pekerja negara maju bagi meninggikan qualiti produk dan perkhidmatan di Malaysia untuk bersaing diperingkat antarabangsa.

Melahirkan profesional dengan nilai-nilai keusahawanan dan pengetahuan yang diperlukan untuk menerokai dan berjaya dalam bidang perniagaan bagi menggalakkan serta mewujudkan generasi baru usahawan di Malaysia. 

Objektif

 Mendidik dan menerapkan etika dan moral kerja tinggi yang membawa kepada graduan berketerampilan, berakhlak, bertanggungjawab serta komited ke arah kecemerlangan, kepimpinan, integriti dan profesionalisme yang dipilih.

Melatih dan melengkapkan belia dengan kemahiran terkini dengan tahap kesempurnaan yang tinggi bagi memenuhi piawaian dan permintaan industri di Malaysia dan antarabangsa.

Menerapkan nilai keusahawanan dan melengkapkan belia dengan pengetahuan dalam perniagaan berkaitan kursus yang dipilih.

Menyediakan kemudahan prasarana yang cantik, moden dan lengkap dimana pelatih boleh menerokai dan mendalami kemahiran yang dipilih.

Mencapai matlamat dengan operasi yang bersih dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan-badan kerjaan dan swasta yang terlibat. 

Isnin - Sabtu

8.30 a.m - 5.30 pm