Kursus Sijil Kemahiran Malaysia
Seni Kulinari
TVET
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Seni Kulinari) Tahap 3 (merangkumi tahap 1, 2 & 3) kepada pelajar yang berminat menceburi bidang kulinari.
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM

Dapat Fokus & Pembelajaran Yang Mudah Difahami
Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.
Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar.

Tidak Perlu Risau
Berkenaan Kewangan
Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan, elaun pengangkutan dan elaun belian komputer disediakan.
Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan.

Sijil Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan
Sijil SKM diiktiraf kerajaan dan Pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.
Sistem latihan SKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil

Apakah kursus SKM Penyediaan dan Pembuatan Makanan ?
SKM Seni Kulinari atau nama rasminya Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan Dan Pembuatan Makanan adalah kursus untuk melatih pelajar dengan teknik-teknik memasak melibatkan menu utama masakan Melayu, Cina, India & Barat (Western). Pelajar juga akan dilatih dalam pengendalian kebersihan, keselamatan dapur dan pengendalian makanan; penyediaan stok, sup dan sos panas; penyediaan sarapan pagi, pembuka selera (appetizer) dan pencuci mulut (dessert) serta pengurusan pentadbiran katering dan acara.

SKM Seni Kulinari @ IPTSkills
Penerangan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan & Pembuatan Makanan (Seni Kulinari) di IPTSkills
Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Seni Kulinari di IPTSkills berbanding di tempat lain

Studio Kulinari IPTSkills Lengkap, Baru, Modern & Terkini
Penerangan fasiliti dan peralatan di Studio Kulinari IPTSkills
Kelebihan Belajar di IPTSkills

Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan
Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.

Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti
Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.
Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.

Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses
IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan.
Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.