KURSUS INTENSIF ASUHAN KANAK-KANAK
Objektif Kursus
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai tugas, tanggungjawab dan keperluan asas menjadi seorang pengasuh di TASKA. Peserta akan didedahkan dengan penjagaan asas bayi dan kanak - kanak, perkembangan asas kanak - kanak serta keperluan pemakanan bayi dan kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun.
Hasil Pembelajaran
-
Mengetahui kemahiran-kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang sepatutnya ada dalam diri seorang pengasuh;
-
Memahami dan menerapkan nilai-nilai yang perlu bagi seorang pengasuh;
-
Mengaplikasikan pendekatan - pendekatan pengasuhan dan Pendidikan awal kanak-kanak berteraskan kurikulum PERMATA;
-
Menjalankan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak; dan
-
Menguruskan persekitaran dan pembelajaran kanak-kanak dengan baik dan tersusun.
Kadar pemberhentian dan pertukaran kerja yang tinggi di dalam bidang pengasuhan kanak-kanak menyukarkan pengusaha TASKA untuk mengekalkan pekerja dan kakitangan berkemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ini disebabkan oleh syarat dan keperluan wajib diperlukan oleh seorang pengasuh iaitu memiliki sekurang-kurangnya Kursus Asuhan PERMATA sukar dijalankan disebabkan oleh proses pelaksanaan kursus yang panjang serta menunggu pengeluaran sijil yang lama dari JKM. Oleh itu, kursus ini digubal dan dibangunkan berdasarkan keperluan asas yang sangat diperlukan bagi seorang pengasuh TASKA yang tiada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengasuhan kanak-kanak agar mereka memperolehi pengetahuan asas dan kemahiran umum dan dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk bertugas sebagai seorang pengasuh. Pengetahuan yang diperolehi di dalam kursus ini juga dapat memberi kemudahan kepada peserta sekiranya peserta ingin mengikuti kursus Asuhan PERMATA pada masa hadapan.
Modul Kursus​
ETIKA DAN PROFESIONALISMA PENGASUH
​
PENGASUHAN BAYI DAN KANAK-KANAK
-
Amalan Asuhan, Hubungan dan Interaksi Kanak-Kanak
-
Kemahiran Mengurus Diri Kanak-Kanak
-
Pemakanan Seimbang dan Perancangan Menu
-
Memahami dan Menguruskan Tingkah Laku Kanak-Kanak
​
ASAS PEMBELAJARAN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
-
Asas Pedagogi untuk Awal Kanak-Kanak
-
Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi Dan Kerohanian
-
Asas Perkembangan Bahasa, Komunikasi Dan Literasi Awal
-
Asas Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik
-
Asas Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran
-
Asas Perkembangan Fizikal
-
Asas Perkembangan Kreativiti Dan Estetika
​
TAJUK-TAJUK LAIN
-
Teknik Penyusuan Bayi
-
Pertolongan Cemas dan Pencegahan Kemalangan
-
Perancangan Tahunan Mingguan dan Jadual Aktiviti​
RM3,600.00 RM2,400.00
Penginapan (jika perlu) : RM15 semalam
4 Hari
8.30 a.m - 5.30 p.m
IPTSkills, Damansara
3 Langkah Mudah untuk Menyertai Kursus
1. Isi borang permohonan online dibawah dan tekan SUBMIT.
​
2. Pihak institut akan Whatsappkan tarikh kursus boleh dijalankan. Pilih tarikh yang bersesuaian dengan anda. Jika anda tidak terima Whatsapp dari institut dalam masa 3 hari, sila Whatsapp 011-32325300.
​
3. Hadir pada tarikh tersebut, bayar yuran dan terus mula kelas.
​
*Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :