top of page

KURSUS TEKNIK PENYAMPAIAN & ULASAN PEMANDU PELANCONG

Tour Guide Commentary Course

tg23.jpg

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang persediaan sebelum membuat komentari, pengumpulan maklumat dan pencarian pengetahuan am. Peserta juga dapat mengetahui teknik memperkenalkan diri, membuka cerita dan mengaitkan cerita. Selain daripada sesi teori, kursus ini turut diselitkan dengan permainan yang berkaitan dengan komunikasi bagi memantapkan lagi kefahaman peserta. Kursus ini sesuai untuk individu yang ingin memulakan kerjaya atau berkerja sebagai pemandu pelancong sebagai pengukuhan dalam kerjaya mereka.

Objektif Kursus

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara dan teknik untuk memberi komentari yang baik semasa mengendalikan rombongan. Selain itu juga peserta dapat belajar cara berkomunikasi yang baik dan berkesan semasa lawatan. Diharapkan selesai kursus ini nanti para peserta akan lebih berkeyakinan untuk membuat komentari dan bercakap di khalayak ramai.

Hasil Pembelajaran

  1. Mengetahui cara-cara komunikasi dengan baik dan betul

  2. Membina keyakinan untuk memberi komentari dan bercakap di khalayak ramai

  3. Memberi panduan dan informasi kepada rombongan

  4. Mengetahui sumber maklumat yang tepat

  5. Mengendalikan sesi soal jawab dengan rombongan

1. Pengenalan Komentari

  • Persediaan Komentari

  • Pungumpulan Maklumat

  • Fakta & Cerita

  • Sumber Maklumat

  • Komunikasi & Interaksi

  • Tajuk-Tajuk Pengetahuan Am

  • Mengenali Audience Anda

​

2. Komentari

  • Pengenalan Diri

  • Pembuka Cerita

  • Maklumat / Isi Kandungan Komentari

  • Penutup Cerita

  • Ulasan

  • Kaitan Antara Cerita

Modul Kursus

3. Topik-Topik Komentari

  • Budaya

  • Makanan

  • Struktur Bangunan

  • Perayaan

  • Sistem Kerajaan

  • Ekonomi

  • Transportasi

  • Pengendalian Sesi Soal Jawab

4. Pengendalian Sesi Soal Jawab â€‹

  • Kejujuran menjawab soalan

  • Kemahiran mendengar

  • Kemahiran memahami

  • Cara Memberi Jawapan

​

5. Amali Komentari

  • Komentari secara individu

  • Esei secara berkumpulan

  • Komentari berdasarkan Slides

  • Permainan Komunikasi

RM3,200.00           RM1,600.00 

Penginapan (jika perlu) : RM15 semalam

3 Hari

8.30 a.m - 5.30 p.m

IPTSkills, Damansara

bottom of page