top of page

KURSUS KETUA ROMBONGAN

Tour Leader Course

TG22.jpg

Kursus ini memberi kesedaran tentang pentingnya persediaan sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu rombongan pelancongan. Peserta akan diberi kerja kursus secara teori dan amali tentang isu-isu berkaitan pengurusan rombongan pelancongan, pengendalian pelancong dalam rombongan dan kertas kerja yang perlu disediakan semasa rombongan berlangsung. Kursus ini akan membantu peserta menjalankan tugas sebagai ketua rombongan pelancongan dengan baik dan efisyen.

Objektif Kursus

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta dengan fungsi-fungsi dan keperluan pra dan semasa pelancongan, pelan kontigensi semasa lawatan berlangsung serta memberi pendedahan mengenai keperluan lengkap dalam menguruskan sesebuah lawatan.  Diharapkan selepas tamat pengajian peserta akan dapat menguasai kemahiran menjadi seorang ketua pemandu pelancong yang baik.

Hasil Pembelajaran

  1. Membuat persediaan sebelum membawa rombongan

  2. Mengetahui fungsi dan tugas sebagai ketua rombongan

  3. Mengetahui tanggungjawab dan bidang kuasa seorang ketua rombongan

  4. Mengaplikasikan kemahiran kursus dalam kerja

  5. Memulakan karier sebagai seorang ketua rombongan pelancongan

1. Persediaan Sebelum Rombongan (Pre-Tour)

  • Membuat Verifikasi Itinerari           

  • Membuat Verifikasi Ahli Rombongan

  • Mengumpul Dokumen Ahli Rombongan

  • Mengira Dan Mengumpul Wang Untuk Lawatan     

  • Membuat Dokumentasi Perjalanan

  • Mengesahkan Tempat Lawatan

  • Menyediakan Tips Perjalanan        

  • Mengesahkan Tempat Tinggal Ahli Rombongan

​

2. Taklimat Kelengkapan Kesihatan, Keselamatan Dan Kecemasan

  • Memberi Taklimat Kesihatan Pelancong

  • Memberi Taklimat Keselamatan Perjalanan

  • Memberi Taklimat Keselamatan Pengangkutan

  • Memberi Taklimat Pertolongan Cemas

  • Memberi Taklimat Semasa Di Lapangan Terbang

Modul Kursus

​​​3. Pengendalian Perjalanan

  • Membuat Persediaan 'Meet And Greet'

  • Membantu Ahli Rombongan Check-In Dan Check-Out        

  • Melakukan Ucapan Pertemuan Dengan Ahli Rombongan

  • Melakukan Komentari Tentang Tempat-Tempat Lawatan    

  • Membuat Pengesahan Tempahan Tempat Tinggal

  • Menyediakan Bajet Kos Untuk Lawatan     

  • Mempromosikan Produk Tempat-Tempat Lawatan

5. Pengendalian Hal-Hal Kecemasan

  • Pengendalian Kehilangan Ahli / Barang

  • Pengendalian Kemalangan Semasa Lawatan

  • Pengendalian Soal Kenderaan Pengangkutan Rosak

  • Pengendalian Kontingensi Lawatan

​

6. Dokumentasi Selepas Lawatan 

  • Laporan Akaun Lawatan

  • Laporan Selepas Lawatan

  • Laporan Percanggahan Lawatan   

  • Laporan Maklumbalas Ahli Rombongan

  • Laporan Taklimat Destinasi/Itinerari Baru

  • Program CTRE

tour-group5
TG9
tg8
tg6
tg7
tg5

RM3,200.00           RM1,600.00 

Penginapan (jika perlu) : RM15 semalam

3 Hari

8.30 a.m - 5.30 p.m

IPTSkills, Damansara

bottom of page