BENGKEL PEMBANGUNAN WIM

BAHAN PENGAJARAN BERTULIS

( W I M )

Apakah WIM?

Bahan Pengajaran Bertulis atau dalam bahasa inggeris Written Instructional Material (WIM) adalah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Apakah Bengkel Pembangunan WIM ?

Bengkel Pembangunan WIM ini bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta berkenaan pembangunan Pelan Mengajar, Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas Kerja berasaskan NOSS (DESCUM).

Siapa Yang Patut Menyertai Bengkel Ini ?

VTO - PPT

Individu yang sedang mengambil VTO-PPT

 

Objektif :

 

  •  Melengkapkan peserta dengan pengetahuan berkenaan pembangunan WIM.  

  •  Membimbing peserta membangunkan 3 set WIM bagi sesi verifikasi PPL permohonan VTO-PPT.

  •  Bahan bukti sokongan pengetahuan dan latihan berkaitan WIM.

KOLEJ KEMAHIRAN BARU

Individu yang ingin membuka kolej kemahiran.

Objektif :

 

  • Melengkapkan peserta dengan pengetahuan berkenaan pembangunan WIM. 

  •  Membantu kolej kemahiran baru atau individu yang ingin membuka kolej kemahiran  membangunkan WIM yang pertama. 

KANDUNGAN BENGKEL

1.Pengenalan JPK & NOSS

2. Carta Alir Proses Pembangunan Bangunan Pengajaran Bertulis

3. Carta Profil Kompetensi - CPC

4. Profil Kompetensi - CP

5. Kurikulum Unit Kompetensi - CoCu

6. Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Teori

7. Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Amali

8. Pembangunan Soalan (KAPA)*

9. Bimbingan Pembangunan WIM Sebenar*

Yuran Bengkel

RM 1,200.00

VTO-PPT

Individu yang mempunyai pengalaman mengajar bidang kemahiran boleh mengambil Sijil VTO melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).

Cara Memohon Menyertai Bengkel Pembangunan WIM

Jika anda ingin menyertai Bengkel Pembangunan WIM, anda dikehendaki hadir ke SESI PENERANGAN BENGKEL (Percuma) di institut.

 

Untuk menghadiri SESI PENERANGAN BENGKEL, sila isi maklumat anda di Borang Permohonan Online dengan lengkap dan tekan SUBMIT.

 

Setelah menerima permohonan online anda, pihak institut akan maklumkan masa dan tarikh untuk anda hadir ke sesi penerangan bengkel di institut melalui Whatsapp di nombor telefon anda yang dinyatakan di Borang Permohonan Online tersebut.

 

Hanya pemohon yang telah hadir sesi penerangan bengkel sahaja dibenarkan menyertai bengkel ini.

 

Terima kasih.

 
PERMOHONAN ONLINE BENGKEL PEMBANGUNAN WIM

Selepas tekan butang Submit dibawah, jika anda tidak menerima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tekan butang SUBMIT sekali lagi. Jika tidak berjaya juga, sila tangkap gambar borang yang diisi dan Whatsapp ke 011-32325300. Terima kasih

Isnin - Sabtu

8.30 a.m - 5.30 pm