BENGKEL PENYEDIAAN PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU
( SKM-PPT / DKM-PPT )
Memiliki SKM / DKM Melalui Pengalaman Kerja
Rancangan Malaysia Ke-11 (RM-11) menyasarkan peningkatan modal insan berkemahiran tinggi kepada 35%.
Selaras dengan sasaran tersebut, Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu menyediakan laluan kepada belia berkemahiran dan mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mempunyai sijil, untuk memperolehi Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (tidak perlu menghadiri kelas / latihan) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
​
Diharap dengan perlaksanaan bengkel ini akan dapat membantu negara mencapai sasaran 35% modal insan berkemahiran tinggi.
Apakah SKM / DKM-PPT ?
Seseorang diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang dimiliki berdasarkan pengalaman dan kerja - kerja yang pernah dilakukan dengan penganugerahan Sijil / Diploma Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Konsep SKM / DKM-PPT
Individu Berkemahiran + Pengalaman Bekerja
Layak Menerima
SIJIL / DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA
Sijil dikeluarkan & diiktiraf oleh:
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Kelebihan SKM / DKM Melalui PPT Berbanding Melalui Latihan
Tidak Perlu Hadiri Latihan
Peserta tidak perlu belajar sekali lagi berkenaan kemahiran yang dimiliki. Contoh: tukang masak tidak perlu hadiri kelas masakan sekali lagi. Walaubagaimana pun peserta perlu hadir untuk bengkel online permohonan SKM-PPT.
Masa Yang Singkat
Contoh : Tempoh bagi peserta SKM melalui latihan bidang masakan untuk menerima Sijil SKM mengambil masa 24 bulan (anggaran), tetapi melalui kaedah SKM PPT selama 10 bulan (anggaran).
Kos Yang Rendah
Contoh : Yuran kursus SKM melalui latihan bagi kursus SKM Kulinari sehingga tahap 3 adalah sebanyak RM 17,000. Manakala yuran bengkel penyedian permohonan SKM-PPT sehingga tahap 3 adalah RM 2,200.
Kenapa Anda Perlu Mengambil SKM / DKM-PPT ?
Bidang kemahiran apa yang boleh mengambil SKM / DKM-PPT ?
Semua jenis bidang kemahiran yang telah disahkan oleh kerajaan. Sila lihat daftar NOSS diwebsite JPK untuk melihat senarai bidang kemahiran tersebut.
Bengkel Penyediaan Permohonan SKM / DKM-PPT
Bengkel ini membantu belia berkemahiran mendapatkan maklumat dan bimbingan cara dan kaedah yang betul bagi permohonan SKM / DKM - PPT dan cara, kaedah dan prosedur permohonan SKM / DKM - PPT yang betul.
SKM - PPT
(Sijil Kemahiran Malaysia)
Syarat Penyertaan:
-
Tahap 1 perlu 1 tahun pengalaman kerja
-
Tahap 2 perlu 2 tahun pengalaman kerja
-
Tahap 3 perlu 3 tahun pengalaman kerja
​
Jangka Masa Bengkel : 2 bulan
​
Kerja yang perlu disiapkan
-
Portfolio untuk setiap tahap dipohon
​
Mode : Online
​
Kemasukan : Setiap bulan
​
Yuran : RM 2,200.00
*Boleh bayar secara ansuran
Yuran Promosi Bayaran Lum Sump: RM2,000.00
sehingga 31 Mac 2021
DKM - PPT
(Diploma Kemahiran Malaysia)
Syarat Penyertaan:
-
Perlu 5 tahun pengalaman kerja
​
Jangka Masa : 3 bulan
​
Kerja yang perlu disiapkan
-
Portfolio
-
Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT)
​
Mode : Online
​
Kemasukan : Setiap bulan
​
Yuran : RM 3,000.00
*Boleh bayar secara ansuran
Yuran Promosi Bayaran Lum Sump: RM2,800.00
sehingga 31 Mac 2021