top of page

Kursus Diploma Kemahiran Malaysia

Seni Kulinari

TVET

PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN

  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube

@ iptskills

Gambar Utama Studio Kulinari IPTSkills.jpg

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Seni Kulinari) Tahap 4 (merangkumi tahap 1,2,3 & 4) kepada pelajar yang berminat menceburi bidang kulinari.

Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM 

Sijil Kursus DKM Penyediaan dan Pembuatan Makanan
dikeluarkan & diiktiraf oleh :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), 

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

CTH SIJIL DKM KULINARI.jpg

Kelebihan Melanjutkan Pelajaran DKM

28.png
Dapat Fokus &  Pembelajaran Yang Mudah Difahami

Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.   

Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat  memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar. 

Image by micheile henderson
Tidak Perlu Risau 
Berkenaan Kewangan

Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan, elaun pengangkutan dan elaun belian komputer disediakan.

Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan. 

Image by RUT MIIT
Sijil Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan 

Sijil DKM diiktiraf kerajaan dan Pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.

Sistem latihan DKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil

Apakah kursus Diploma Seni Kulinari ?

Di IPTSkills pelajar akan memulakan pengajian dari peringkat permulaan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (merangkumi 1,2&3) dan selepas itu terus ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4. Sistem pengajian ini membolehkan pelajar yang tidak mempunyai sijil PT3 dan SPM layak untuk menyertai program diploma dan tempoh masa untuk memperolehi sijil diploma dapat disingkatkan.

Diploma Seni Kulinari atau nama rasminya Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Penyediaan Dan Pembuatan Makanan adalah kursus untuk melatih pelajar dengan teknik-teknik memasak melibatkan menu utama masakan Melayu, Cina, India & Barat (Western). Pelajar juga akan dilatih dalam pengendalian kebersihan, keselamatan dapur dan pengendalian makanan; penyediaan stok, sup dan sos panas; penyediaan sarapan pagi, pembuka selera (appetizer) dan pencuci mulut (dessert) serta pengurusan pentadbiran katering dan acara.

Disamping itu pelajar juga akan mempelajari berkenaan pengurusan sesebuah restauran dari segi kawalan kos, pemantauan kualiti, pengurusan operasi harian dan pembangunan kakitangan.

Diploma Seni Kulinari @ IPTSkills

Penerangan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan & Pembuatan Makanan (Seni Kulinari) di IPTSkills

Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Seni Kulinari di IPTSkills berbanding di tempat lain

Studio Kulinari IPTSkills Lengkap, Baru, Modern & Terkini 

Penerangan fasiliti dan peralatan di Studio Kulinari IPTSkills

Kelebihan Belajar di IPTSkills 

Image by Guillaume de Germain
Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan

Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.  

 

Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang  bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.

22.jpg
Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti

Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.

Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.   

Ikea Mutiara Damansara.jpg
Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses

IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan. 

Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.

Testimoni Pelajar IPTSkills

20
20230919_114515-min
25
20230919_111833-min
22
20230919_111936-min
20230919_111005-min
13
20230919_113410-min
18
20230919_112732-min
17
20230919_114448-min
16

Sijil Akan Diterima :

  • Diploma Kemahiran Malaysia

Tahap 4

Penyediaan & Pembuatan Makanan

(HT-012-4:2011)

  • Sijil Kemahiran Malaysia

Tahap 3

Operasi Seni Kulinari

(I561-005-3:2022)

  • Sijil Kemahiran Malaysia

Tahap 2

(Merangkumi Tahap 1 & 2)

Penyediaan & Penghasilan Makanan

(I561-005-2:2022)

  • Sijil Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan

  • Sijil Pengendalian Makanan

  • Sijil Kemahiran Komputer Level 3

(Word, Excel & Powerpoint)

Jangka Masa :

  • 2 tahun 7 bulan

  • 7 bulan internship

Kemasukan :

  • Okt & Nov 2024

Image by Kevin Doran

ISI KANDUNGAN KURSUS DIPLOMA SENI KULINARI

1. Kebersihan, Keselamatan Dapur Dan Pengendalian Makanan . - Keperluan dalam aktiviti pengendalian makanan. - Alatan pengendalian makanan, klasifikasi dan peralatan dapur . - Klasifikasi bahan masakan. - Prinsip penerimaan dan penyimpanan bahan masakan. - Kekalkan keperluan aktiviti pengendalian makanan. - Tata kebersihan dan kebersihan di tempat kerja.

2. Potongan Sayur Dan Kentang - Tentukan jenis potongan sayuran dan kentang - Mise-en-place untuk potongan sayur & kentang - Sediakan potongan sayur dan kentang - Teknik masakan dan persembahan hidangan.

3. Kaedah Memasak - Kaedah memasak panas-lembap (moist-heat cooking) - Kaedah memasak panas-kering (dry-heat cooking)

4. Penghasilan Stok - Jenis stok - Mise-en-place untuk membuat stok - Sediakan stok. - Simpan stok.

5. Penghasilan Agen Pemekat (Thickening Agent) - Jenis agen pemekat. - Mise-en-place untuk agen pemekat. - Sediakan agen pemekat.

6. Penghasilan Mother Stock - Jenis mother stock. - Mise-en-place untuk mother sauce. - Penyediaan mother sauce - Penyimpanan mother sauce.

7. Penghasilan Sup - Jenis sup jernih dan sup pekat - Mise-en-place untuk sup yang jernih dan pekat. - Penyediaan sup jernih dan sup pekat. - Persembahan sup jernih dan sup pekat.

8. Penghasilan Masakan Berasaskan Sayur - Jenis hidangan sayur-sayuran. - Mise-en-place untuk hidangan sayur-sayuran. - Penyediaan hidangan sayur-sayuran. - Persembahan hidangan sayur-sayuran.

9. Penghasilan Salad - Jenis salad. - Mise-en-place untuk salad. - Penyediaan salad. - Persembahan salad.

10. Penghasilan Pembuka Selera (Appertizer) - Jenis pembuka selera (appertizer). - Mise-en-place untuk pembuka selera (appertizer). - Penyediaan pembuka selera (appertizer). - Persembahan pembuka selera (appertizer).

11. Penghasilan Sandwich - Jenis sandwich panas dan sejuk. - Mise-en-place untuk sandwich. - Penyediaan sandwich. - Persembahan sandwich.

12. Penghasilan Hidangan Sarapan Pagi - Jenis hidangan sarapan pagi. - Mise-en-place untuk hidangan sarapan pagi. - Penyediaan hidangan sarapan pagi. - Persembahan hidangan sarapan pagi.

13. Penghasilan Pencuci Mulut (Coupe Dessert) - Jenis pencuci mulut (coupe dessert). - Mise-en-place untuk pencuci mulut (coupe dessert). - Penyediaan pencuci mulut (coupe dessert). - Persembahan pencuci mulut (coupe dessert).

14. Penghasilan Salad Dressings - Jenis salad dressing. - Mise-en-place untuk salad dressing - Penyediaan salad dressing - Penyimpanan salad dressing.

15. Penghasilan Sos - Jenis sos. - Mise-en-place untuk sos. - Penyediaan sos.

16. Penghasilan Sup - Jenis-jenis sup dalam kategori jernih, unik/istimewa dan berasal dari sesebuah negara. - Mise-en-place untuk sup dalam kategori jernih, unik/istimewa dan berasal dari sesebuah negara. - Penyediaan sup dalam kategori jernih, unik/istimewa dan berasal dari sesebuah negara. - Penyajian sup dalam kategori jernih, unik/istimewa dan berasal dari sesebuah negara.

17. Penghasilan Hidangan Berasaskan Kentang - Jenis hidangan berasaskan kentang. - Mise-en-place untuk hidangan berasaskan kentang. - Penyediaan hidangan berasaskan kentang. - Penyajian hidangan berasaskan kentang.

18. Penghasilan Hidangan Berasaskan Beras Dan Bijirin - Jenis hidangan berasaskan beras dan bijirin. - Mise-en-place hidangan berasaskan beras dan bijirin. - Penyediaan hidangan berasaskan beras dan bijirin. - Penyajian hidangan berasaskan beras dan bijirin.

19. Penghasilan Mee - Jenis mee. - Mise-en-place untuk mee. - Penyediaan hidangan mee. - Penyajian hidangan mee.

20. Penghasilan Pasta - Jenis pasta. - Mise-en-place untuk pasta. - Penyediaan hidangan pasta. - Penyajian hidangan pasta.

21. Penghasilan Hidangan Utama - Jenis hidangan utama. - Mise-en-place untuk hidangan utama. - Penyediaan hidangan utama. - Penyajian hidangan utama.

22. Penghasilan Pencuci Mulut (Plated Dessert) - Jenis pencuci mulut (plated dessert). - Mise-en-place untuk pencuci mulut (plated dessert). - Penyediaan pencuci mulut (plated dessert). - Persembahan pencuci mulut (plated dessert).

23. Pelaksanaan Menu - Kenal pasti keperluan pelaksanaan menu. - Merancang aktiviti keperluan pelaksanaan menu. - Memantau pelaksanaan standard resipi. - Menilai senarai semak pelaksanaan standard menu. - Merekod aktiviti pelaksanaan menu.

24. Pemantauan Jaminan Kualiti Pengeluaran Makanan - Kenal pasti keperluan pemantauan jaminan kualiti standard makanan. - Rancang keperluan pemantauan jaminan kualiti standard makanan. - Lakukan pengecapan makanan (food tasting) untuk kualiti makanan. - Mentadbir keperluan standard keselamatan makanan. - Menilai keperluan kualiti standard makanan. - Merekod keperluan pemantauan jaminan kualiti standard makanan.

25.. Kawalan Kos Pengeluaran Makanan - Kenal pasti bahan dan kaedah penyediaan makanan yang betul. - Rancang aktiviti kawalan kos. - Lakukan aktiviti kawalan kos pengeluaran makanan. - Mentadbir peratusan kos pengeluaran makanan. - Menilai aktiviti kawalan kos pengeluaran makanan. - Merekod aktiviti kawalan kos pengeluaran.

26. Operasi Harian Pengeluaran Makanan - enal pasti kehendak dan keperluan operasi. - Merancang tugasan harian operasi pengeluaran makanan. - Mentadbir kawalan stok harian. - Mentadbir tenaga kerja pengeluaran makanan. - Menilai tugas harian operasi pengeluaran makanan. - Merekod aktiviti tugasan harian dapur.

27. Pembangunan Kakitangan Pengeluaran Makanan - Mengenal pasti perkembangan prestasi kakitangan pengeluaran makanan. - Rancang pembangunan kakitangan pengeluaran makanan. - Mentadbir program latihan. - Melaksanakan proses disiplin kakitangan. - Melaksanakan perhubungan kakitangan. - Menilai aktiviti pembangunan kakitangan pengeluaran makanan. - Merekod prestasi aktiviti kakitangan jabatan.

28. Pemantauan Penyelenggaraan Peralatan Dapur - Kenal pasti keperluan penyelenggaraan peralatan dapur. - Merancang aktiviti penyelenggaraan peralatan dapur. - Mentadbir aktiviti penyelenggaraan peralatan dapur. - Menilai prestasi penyelenggaraan peralatan dapur. - Merekod prestasi penyelenggaraan peralatan dapur.

Contoh Kelas Masakan Pelajar

Isi Kandungan Kursus

Prospek Kerjaya

Program ini menawarkan peluang kerjaya yang lumayan yang membawa kepada laluan kerjaya yang berbeza bermula dari Penolong Chef sehinggalah menjadi Chef Eksekutif / Pemilik Restoran / Pensyarah Kulinari.

Penolong Chef

Membantu Chef Eksekutif mengendalikan dapur dan pembelian dan penyedian bahan masakan.

Chef Eksekutif

Menguruskan kakitangan dapur, menyediakan jadual kerja, mencipta menu dan menyediakan kos makanan.

Chef Bankuet

Menguruskan kakitangan dapur dalam pengeluaran makanan kuantiti untuk jamuan, persidangan dan konvensyen.

Lain-lain Kerjaya

Pemilik Restoran / Cafe

Pemilik Syarikat Katering

Pensyarah Kulinari

Influencer / Content Creator

Image by Cole Keister

Pendidikan Lanjutan

Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat:

  • Sarjana Muda MQA dalam Seni Kulinari, Pengurusan Hotel, Pengurusan Perniagaan

      atau

  • Diploma TVET-i - Diploma Pensyarah Kemahiran

Classroom

Syarat Kelayakan

  1. Berdisiplin dan komited 

  2. Berumur 16 hingga 26 tahun

  3. Sihat tubuh badan

  4. Boleh membaca, mengira & menulis

  5. Tidak perlu PT3 & SPM

Kemasukan 75 orang sahaja

Yuran Kursus

Yuran Proses :

RM1,500.00 -> RM500.00

Yuran Kursus : RM 28,625.00

Pelajar yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk yuran kursus, elaun sara hidup (RM600 sebulan), elaun pengangkutan (RM500) dan elaun komputer (RM2,500) dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Syarat Kelayakan
Image by Andyone

*Mengikut terma dan syarat

PELAJAR KEMASUKAN 2024 SAHAJA!

DAFTAR HARI INI !

  • Yuran proses RM500*  

  • PERCUMA 2 bulan pertama yuran Penginapan Pelajar & Deposit RM200 sahaja*

  • Kos perjalanan pelajar untuk kemasukan ditanggung oleh kami*

PENGINAPAN PELAJAR

Panduan kemudahan penginapan pelajar IPTSkills

Penginapan pelajar disediakan untuk pelajar yang memerlukan

  • Rumah Setingkat

  • Apartment

SET UNIFORM KULINARI

Setiap pelajar akan menerima 

 TOPI CHEF, BANDANA, SKAF, JAKET CHEF*, APRON, PISAU & KASUT KESELAMATAN

*Saiz 5XL ke atas ada penambahan bayaran. 

Set Kulinari 2.png
Borang Pendaftaran

Kemudahan @ IPTSkills

Kemudahan yang tersedia di sekitar IPTSkills

Panduan perjalanan dari KL Sentral ke IPTSkills menggunakan pengangkutan awam

Cara Permohonan Menyertai Kursus

1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, isi Borang Permohonan Online dan tekan Submit.

2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan hubungi / Whatsapp anda berkenaan permohonan dan kemasukan kursus. Jika tidak terima Whatsapp dari kami sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsappkan ke 011-6323 5200.

3. Surat Tawaran Kemasukan akan diposkan selepas pegawai kami menghubungi anda .

*Hanya pemohon yang berjaya dihubungi sahaja yang akan menerima surat tawaran.

 

Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :

ICON PAYMENT-04.png
BORANG PERMOHONAN ONLINE
KURSUS DKM PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN
(DKM SENI KULINARI)

Maklumat Berkenaan Kelayakan Anda

Selepas tekan butang Submit dibawah, jika anda tidak menerima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tekan butang SUBMIT sekali lagi. Jika tidak berjaya juga, sila tangkap gambar borang yang diisi dan Whatsapp ke 011-63235200.

Permohonan Berjaya Diterima. Jika anda tidak terima Whatsapp dari institut dalam masa 3 hari, sila Whatsapp ke 011-63235200.

Gambar Pelajar Di IPTSkills
Image by Fabian Irsara

PROGRAM DIPLOMA TVET 

Lain-lain program diploma TVET yang ditawarkan adalah seperti dibawah:

  • Diploma Seni Pastri & Bakeri

  • Diploma Pengurusan Pentadbiran

  • Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat

bottom of page