Kursus Diploma Kemahiran Malaysia
Pengurusan Pentadbiran
TVET
PENGURUSAN PENTADBIRAN
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills (IPTSkills) untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pentadbiran kepada pelajar yang bercita-cita bekerja dalam bidang pengurusan atau pentadbiran sesebuah syarikat atau organisasi.
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM & DKM
Dapat Fokus & Pembelajaran Yang Mudah Difahami
Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.
​
Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar.
Tidak Perlu Risau
Berkenaan Kewangan
Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan, elaun pengangkutan dan elaun belian komputer disediakan.
​
Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan.
Sijil Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan
Sijil SKM/DKM diiktiraf kerajaan dan pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.
​
Sistem latihan SKM/DKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil
Apakah Kursus Diploma Pengurusan Pentadbiran ?
Di IPTSkills pelajar akan memulakan pengajian dari peringkat permulaan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (merangkumi 1,2&3) dan selepas itu boleh memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4. Sistem pengajian ini membolehkan pelajar yang tidak mempunyai sijil PT3 dan SPM layak untuk menyertai program diploma dan tempoh masa untuk memperolehi sijil diploma dapat disingkatkan.
Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Pentadbiran adalah kursus untuk melatih pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja di pejabat sesebuah syarikat atau organisasi. Pelajar akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan, pengendalian operasi kewangan asas pejabat, pengurusan inventori dan perolehan pejabat. Pelajar juga akan mempelajari pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, mencetak dan memfailkan dokumen serta penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan.
Selain itu pelajar juga akan dilatih untuk merancang dan melaksanakan polisi dan dasar-dasar syarikat serta pengendalian projek-projek khas melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan laporan projek khas. Akhir sekali, pelajar akan dilatih menyelia dan melaksanakan penilaian prestasi kepada kakitangan syarikat.
Diploma Pengurusan Pentadbiran @ IPTSkills
Penerangan Kursus Diploma Pengurusan Pentadbiran (TVET) di IPTSkills
Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Pengurusan Pejabat di IPTSkills berbanding di tempat lain
Penerangan fasiliti dan peralatan di
Makmal Pentadbiran Pejabat IPTSkills
Kelebihan Belajar di IPTSkills
Testimoni Pelajar TVET Pengurusan Pejabat
Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan
Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.
Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti
Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.
​
Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.
Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses
IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan.
​
Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.
ISI KANDUNGAN DKM PENGURUSAN PENTADBIRAN
TAHAP3(1,2&3)
1. Operasi Kauter Hadapan - Melayani Tetamu - Pengendalian Komunikasi Masuk/Keluar Pejabat - Pengendalian Barang Masuk/Keluar Pejabat - Rekod Aktiviti Penerimaan Kaunter Hadapan
2. Pengendalian Kewangan Pejabat - Penyediaan Panjar Wang Runcit (petty cash) - Pengendalian Kutipan Bil - Pengendalian Baucar Pembayaran - Penyediaan Ringkasan Laporan Kewangan Pejabat
3. Pengendalian Perolehan Pejabat - Penyediaan Borang Permintaan - Pengendalian Masuk Dokumen Perolehan - Pengendalian Barangan Pembelian - Menyelaras Pembaharuan Lesen Perolehan - Rekod Aktiviti Pengendalian Perolehan Pejabat
4. Pengendalian Inventori Pejabat - Semak Ketersediaan Inventori Pejabat - Melaksanakan Permohonan Inventori Pejabat - Melaksanakan Pengeluaran Inventori Pejabat - Pantau Pergerakan/ Pemindahan Dan Penyelenggaraan Peralatan Pejabat - Pemantauan Barangan Pejabat Yang Tamat Tempoh/ Dikitar Semula - Rekod Aktiviti Pengendalian Inventori
5. Pengendalian Logistik & Penginapan Kakitangan - Mengatur Perjalanan Dan Penginapan Kakitangan - Menyelaras Tugasan Penghantaran - Menyelaras Mesyuarat/ Susunan Acara - Rekod Aktiviti Pengendalian Logistik
6. Penyediaan Dokumentasi Pejabat - Menghasilkan Dokumen Pejabat - Mendaftar Dokumentasi Pejabat - Cetak Dokumen Pejabat - Binding Dokumen Pejabat - Failkan Dokumen Pejabat
7. Penyeliaan Kakitangan Pentadbiran - Mengendali Latihan Dalaman - Menjalankan Penilaian Kakitangan - Memantau Pelupusan Sisa Pejabat - Penyediaan Bajet Jabatan/ Bahagian - Mengendali Mesyuarat/Taklimat Kakitangan - Pantau Pelaksanaan Kesihatan, Keselamatan, Kesejahteraan dan Persekitaran Pekerjaan - Pantau Aliran Kerja Dan Kemajuan Kerja
TAHAP 4
8. Pengurusan Pembangunan Kakitangan Pentadbiran - Kenal pasti keperluan pengurusan pembangunan kakitangan pentadbiran - Menyelaraskan & menjalankan latihan sebenar - Menjalankan sesi kaunseling & motivasi - Membangunkan pelan penggantian jabatan - Menilai keberkesanan keperluan pembangunan kakitangan - Menyediakan laporan aktiviti keperluan pembangunan kakitangan
9. Pengurusan Aset & Kemudahan Pejabat - Kenal pasti keperluan pengurusan aset & kemudahan pejabat - Merancang pengurusan aset & kemudahan pejabat - Melaksanakan pengurusan aset & kemudahan pejabat - Merekodkan pengurusan aset & kemudahan pejabat
10. Pengurusan Inventori Pejabat - Kenal pasti keperluan pengurusan inventori pejabat - Merancang pengurusan inventori pejabat - Melaksanakan pengurusan inventori pejabat - Melaporkan pengurusan inventori pejabat
11. Pentadbiran Vendor Pejabat - Kenal pasti keperluan pentadbiran vendor pejabat - Menjalankan proses perolehan vendor pejabat - Memantau prestasi vendor - Menilai keberkesanan pentadbiran vendor pejabat - Menyediakan laporan pentadbiran vendor pejabat
12. Pentadbiran Polisi & Dasar Pejabat - Kenal pasti keperluan pentadbiran polisi pejabat - Merancang pentadbiran dasar pejabat - Melaksanakan pentadbiran polisi pejabat - Melaporkan pentadbiran polisi pejabat
13. Pentadbiran Projek Khas - Kenal pasti keperluan pentadbiran projek khas - Melaksanakan projek khas - Memantau prestasi projek khas - Melaporkan pentadbiran projek khas
14. Penilaian Prestasi Kakitangan Pentadbiran - Kenal pasti keperluan penilaian prestasi kakitangan - Menjalankan penilaian prestasi kakitangan pentadbiran - Menganalisis penilaian prestasi kakitangan - Melaporkan proses penilian prestasi kakitangan
Prospek Kerjaya
Program ini menawarkan peluang kerjaya yang baik bermula dari jawatan sebagai kerani pentadbiran, setiausaha, pengurus di mana-mana syarikat dan juga menjadi pensyarah dalam bidang pentadbiran pejabat.
Bhgn. Pengurusan
Membantu kelicinan operasi harian syarikat melibatkan semua jabatan seperti sumber manusia, akaun dan lain-lain.
Setiausaha
Menjadi pembantu/setiausaha kepda pengarah atau mana-mana jawatan penting dalam syarikat.
Pengurus
Mengetuai operasi dan kakitangan sesebuah jabatan / syarikat agar sasaran tahunan, visi dan misi syarikat tercapai.
Pensyarah
Penjadi tenaga pengajar dalam bidang pentadbiran pejabat di pusat bertauliah / kolej kemahiran awam atau swasta.
Pendidikan Lanjutan
Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat:​
-
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau
-
Sarjana Muda MQA (Degree) dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat atau
-
Diploma TVET-i - Diploma Pensyarah Kemahiran
Tahap 3&4
(1,2,3&4)
Tidak Perlu PT3 & SPM
Syarat Kelayakan
-
Berumur 16 hingga 26 tahun
-
Berdisiplin, komited & sihat tubuh badan
-
Boleh membaca, mengira & menulis
Jangka Masa
-
2 tahun 2 bulan
-
3 bulan internship
Yuran Proses
RM 800.00
Yuran Kursus
RM 23,250.00
Sijil Akan Diterima
-
Diploma Kemahiran Malaysia
Tahap 4
Pengurusan Pentadbiran
-
Sijil Kemahiran Malaysia
Tahap 3
Pentadbiran Pejabat
-
Sijil Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan
-
Sijil Kemahiran Komputer Level 3
(Word, Excel & Powerpoint)
*RM400.00 hari pendaftaran + RM400.00 semasa naik tahap 4
Tahap 4
Sahaja
Perlu Ada SKM Tahap 3
Syarat Kelayakan
-
Berumur 16 hingga 26 tahun
-
Berdisiplin, komited & sihat tubuh badan
-
Mempunyai SKM Tahap 3 bidang yang sama
Jangka Masa
-
9 bulan
-
3 bulan internship
Yuran Proses
RM 400.00
Yuran Kursus
RM 8,375.00
Sijil Akan Diterima
-
Diploma Kemahiran Malaysia
Tahap 4
Pengurusan Pentadbiran
-
Sijil Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan
-
Sijil Kemahiran Komputer Level 3
(Word, Excel & Powerpoint)
Kemudahan @ IPTSkills
Kemudahan yang tersedia di sekitar IPTSkills
Panduan perjalanan dari KL Sentral ke IPTSkills menggunakan pengangkutan awam
Cara Permohonan Menyertai Kursus
1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, isi Borang Permohonan Online dan tekan Submit.
​
2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan hubungi / Whatsapp anda berkenaan permohonan dan kemasukan kursus. Jika tidak terima Whatsapp dari kami sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsappkan ke 011-6323 5200.
​
3. Surat Tawaran Kemasukan akan diposkan selepas pegawai kami menghubungi anda.
​
*Hanya pemohon yang berjaya dihubungi sahaja yang akan menerima surat tawaran.
​
Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :