KURSUS PENGURUSAN PEJABAT
Kursus Pengurusan Pejabat Level 1, 2 & 3 adalah kursus yang dibangunkan untuk melatih peserta dengan kerja-kerja di pejabat seperti menguruskan kaunter hadapan / pertanyaan, hospitaliti pelanggan, komunikasi masuk dan keluar, pengurusan pemfailan dan dokumentasi pejabat, pengurusan petty cash, pengurusan mesyuarat dan majlis, keselamatan dan kebersihan di tempat kerja dan lain-lain lagi.
Peserta boleh pilih salah satu daripada kursus dibawah :
LEVEL 1 - Pengurusan Pejabat
LEVEL 1 & 2 - Pengurusan & Pentadbiran Pejabat
LEVEL 1, 2 & 3 - Pengurusan, Pentadbiran & Setiausaha
Syarat Penyertaan
1. Berumur 17 tahun dan keatas
2. Mempunyai kemahiran / pengalaman menggunakan Microsoft Word, Excel & Powerpoint lebih daripada 3 tahun. Pelajar yang tiada kemahiran / pengalaman sila klik disini.
Pengurusan Pemfailan
Pengurusan Mesyuarat
Sorotan Kursus
Penyediaan Minit Mesyuarat
INDIVIDU SEDANG MENCARI PEKERJAAN
Kursus ini memberi peserta pendedahan dan pengetahuan asas pengurusan dan pentadbiran di pejabat yang betul dan cekap sebagai persediaan untuk bekerja sebagai kakitangan di pejabat. Peluang untuk mendapatkan pekerjaan akan menjadi lebih cerah jika peserta memiliki sijil ini.
Siapa Yang Patut Menyertai Kursus Ini ?
INDIVIDU SEDANG BEKERJA DI PEJABAT
Modul yang diajar di dalam kursus ini dapat melatih dan membantu peserta menjadi pekerja yang lebih cekap dan efisien dalam menguruskan kerja-kerja di pejabat. Peningkatan prestasi kerja selepas menyertai kursus ini akan membuka peluang peserta dinaikan gaji dan pangkat oleh majikan.
SYARIKAT YANG INGIN MENINGKATKAN KEMAHIRAN KAKITANGAN
Kursus ini dapat membantu syarikat yang ingin melatih pekerja baru atau meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada. Hari kursus yang fleksibel (tidak semestinya berturut-turut) memudahkan kakitangan menghadiri kursus tanpa mengganggu tugasan harian di pejabat.
Nota :
-
Kursus dijalankan setiap hari, kecuali hari Sabtu, Ahad & cuti umum.
-
Peserta boleh pilih tarikh untuk hadir kursus dan hari kursus tidak semestinya berturut-turut.
-
Semua kursus diajar dari permulaan (level 0).
-
Kursus dijalankan dalam small group lesson (2-4 orang). Walaubagaimana pun sekiranya tiada peserta lain yang memilih tarikh yang sama, kursus dijalankan secara one-to-one lesson.
3 Langkah Mudah untuk Menyertai Kursus Pengurusan Pejabat
1. Isi borang permohonan online dibawah dan tekan SUBMIT.
2. Pihak institut akan Whatsappkan tarikh kursus boleh dijalankan. Pilih tarikh yang bersesuaian dengan anda. Jika anda tidak terima Whatsapp dari institut dalam masa 3 hari, sila Whatsapp 011-32325300.
3. Hadir pada tarikh tersebut, bayar yuran dan terus mula kelas.
*Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :