Kursus Sijil Kemahiran Malaysia
Seni Kulinari
TVET
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Seni Kulinari) Tahap 2 (merangkumi tahap 1&2) dan Tahap 3 kepada pelajar yang berminat menceburi bidang kulinari.
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM
Dapat Fokus & Pembelajaran Yang Mudah Difahami
Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.
​
Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar.
Tidak Perlu Risau
Berkenaan Kewangan
Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan, elaun pengangkutan dan elaun belian komputer disediakan.
​
Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan.
Sijil Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan
Sijil SKM diiktiraf kerajaan dan Pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.
​
Sistem latihan SKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil
Apakah kursus SKM Penyediaan dan Pembuatan Makanan ?
SKM Seni Kulinari atau nama rasminya Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan Dan Pembuatan Makanan adalah kursus untuk melatih pelajar dengan teknik-teknik memasak melibatkan menu utama masakan Melayu, Cina, India & Barat (Western). Pelajar juga akan dilatih dalam pengendalian kebersihan, keselamatan dapur dan pengendalian makanan; penyediaan stok, sup dan sos panas; penyediaan sarapan pagi, pembuka selera (appetizer) dan pencuci mulut (dessert) serta pengurusan pentadbiran katering dan acara.
SKM Seni Kulinari @ IPTSkills
Penerangan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan & Pembuatan Makanan (Seni Kulinari) di IPTSkills
Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Seni Kulinari di IPTSkills berbanding di tempat lain
Studio Kulinari IPTSkills Lengkap, Baru, Modern & Terkini
Penerangan fasiliti dan peralatan di Studio Kulinari IPTSkills
Kelebihan Belajar di IPTSkills
Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan
Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.
Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti
Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.
​
Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.
Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses
IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan.
​
Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.
Testimoni Pelajar IPTSkills
ISI KANDUNGAN SKM SENI KULINARI
TAHAP 2 (1&2)
1. Kebersihan, Keselamatan Dapur Dan Pengendalian Makanan . - Keperluan dalam aktiviti pengendalian makanan. - Alatan pengendalian makanan, klasifikasi dan peralatan dapur . - Klasifikasi bahan masakan. - Prinsip penerimaan dan penyimpanan bahan masakan. - Kekalkan keperluan aktiviti pengendalian makanan. - Tata kebersihan dan kebersihan di tempat kerja.
2. Teknik Masakan - Teknik masakan mengikut standard resepi. - Peralatan dan pekakas mengikut teknik masakan. - Bahan masakan mengikut teknik memasak. - Teknik masakan dan persembahan hidangan.
3. Penghasilan Stok, Sup Dan Sos Panas - Standard resipi bagi penghasilan stok, sup dan sos panas. - Peralatan dan perkakas bagi penghasilan stok, sup dan sos panas. - Bahan-bahan bagi penghasilan stok, sup dan sos panas. - Penghasilan stok, sup dan sos panas.
4. Penyediaan Hidangan Utama - Keperluan dalam penyediaan hidangan utama. - Pemilihan standard resipi bagi penyediaan hidangan utama. - Peralatan dan pekakas bagi penyediaan hidangan utama. - Bahan-bahan bagi penyediaan hidangan utama. - Penyediaan dan persembahan hidangan utama.
5. Penyediaan Nasi Dan Masakan Berasaskan Kanji & Bijirin - Standard resipi bagi penyediaan nasi dan masakan berasaskan kanji & bijirin. - Peralatan dan perkakas bagi penyediaan nasi dan masakan berasaskan kanji & bijirin. - Bahan-bahan bagi penyediaan nasi dan masakan berasaskan kanji & bijirin. - Penyediaan nasi dan masakan berasaskan kanji & bijirin.
6. Penyediaan Pembuka Selera - Standard resipi bagi pembuka selera. - Peralatan dan perkakas bagi pembuka selera. - Bahan-bahan bagi penyediaan pembuka selera. - Penyediaan pembuka selera.
7. Penyediaan Sarapan Pagi - Keperluan dalam penyedian sarapan pagi. - Pemilihan standard resipi bagi penyediaan sarapan pagi. - Peralatan dan pekakas bagi penyediaan sarapan pagi. - Bahan-bahan bagi penyediaan sarapan pagi. - Penyediaan dan persembahan sarapan pagi.
8. Penyediaan Pencuci Mulut - Keperluan dalam penyediaan menu pencuci mulut. - Pemilihan standard resipi bagi pencuci mulut. - Peralatan dan pekakas bagi penyediaan pencuci mulut. - Bahan-bahan bagi penyediaan pencuci mulut. - Penyediaan dan persembahan pencuci mulut.
9. Aktiviti Pengurusan Katering - Penentuan tempat, saiz dan ruang bagi aktiviti katering. - Jenis persembahan bufet, menu dan penyediaan aktiviti katering. - Peralatan dan pekakas bagi aktiviti katering. - Menjalankan aktiviti perkhidmatan katering.
TAHAP 3
10. Kebersihan Kesihatan, Keselamatan Dan Pengendalian Makanan - Aktiviti kebersihan kesihatan di dapur. - Aktiviti keselamatan di dapur. - Kebersihan kesihatan dan keselamatan dalam aktiviti pengendalian dan pembuatan makanan. - Pemantauan pembetulan kebersihan kesihatan, keselamatan dan pengendalian makanan - Dokumen pengesahan kebersihan kesihatan, keselamatan dan mengendalian makanan.
11. Kawalan Mutu Dan Kuantiti Dalam Pembuatan Makanan - Keperluan kualiti, konsistansi dan kuantiti dalam pembuatan makanan. - Senarai semak kawalan mutu dan kuantiti. - Rumusan laporan harian aktiviti kawalan mutu dan kuantiti. - Dokumen bulanan aktiviti kawalan mutu dan kuantiti.
12. Penyelarasan Aktiviti Katering - Penentuan tempat, saiz dan ruang bagi aktiviti katering. - Jenis menu dan penyediaan aktiviti katering. - Peralatan dan pekakas bagi aktiviti katering. - Menjalankan penyelarasan aktiviti katering. - Kerja-kerja pembersihan di ruang aktiviti katering dijalankan.
13. Fungsi Penyeliaan Pentadbiran - Pengurusan staf mengikut seksyen. - Menyelaras belanjawan mengikut seksyen. - Rekod dokumentasi seksyen. - Penyeliaan rekod perolehan. - Penyeliaan rekod inventori.
Contoh Kelas Masakan Pelajar
Prospek Kerjaya
Program ini menawarkan peluang kerjaya yang lumayan yang membawa kepada laluan kerjaya yang berbeza bermula dari Penolong Chef sehinggalah menjadi Chef Eksekutif / Pemilik Restoran / Pensyarah Kulinari.
Penolong Chef
Membantu Chef Eksekutif mengendalikan dapur dan pembelian dan penyedian bahan masakan.
Chef Eksekutif
Menguruskan kakitangan dapur, menyediakan jadual kerja, mencipta menu dan menyediakan kos makanan.
Chef Bankuet
Menguruskan kakitangan dapur dalam pengeluaran makanan kuantiti untuk jamuan, persidangan dan konvensyen.
Lain-lain Kerjaya
Pemilik Restoran / Cafe
Pemilik Syarikat Katering
Pensyarah Kulinari
Influencer / Content Creator
Pendidikan Lanjutan
Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat:​
-
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Seni Kulinari di IPTSkills atau
-
Diploma TVET-i - Diploma Pensyarah Kemahiran
Tahap 2
(1&2)
Video Penerangan Tahap 2
Tahap 2&3
(1,2&3)
Video Penerangan Tahap 2 & 3
Jangka Masa
15 Bulan
Yuran Proses
RM 400.00
Yuran Kursus
RM 18,750.00
Sijil Akan Diterima
-
Sijil Kemahiran Malaysia
(HT012-2/3:2012)
Penyediaan dan Pembuatan Makanan
Tahap 3
(Merangkumi 1,2&3)
-
Sijil Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan
-
Sijil Kemahiran Komputer Level 3
(Word, Excel & Powerpoint)
Kemasukan :​
Dis & Jan
SET UNIFORM KULINARI
Setiap pelajar akan menerima
TOPI CHEF, BANDANA, SKAF, JAKET CHEF*, APRON, PISAU & KASUT KESELAMATAN
*Saiz 5XL ke atas ada penambahan bayaran.
Kemudahan @ IPTSkills
Kemudahan yang tersedia di sekitar IPTSkills
Panduan perjalanan dari KL Sentral ke IPTSkills menggunakan pengangkutan awam
Cara Permohonan Menyertai Kursus
1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, isi Borang Permohonan Online dan tekan Submit.
​
2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan hubungi / Whatsapp anda berkenaan permohonan dan kemasukan kursus. Jika tidak terima Whatsapp dari kami sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsappkan ke 011-6323 5200.
​
3. Surat Tawaran Kemasukan akan diposkan selepas pegawai kami menghubungi anda .
​
*Hanya pemohon yang berjaya dihubungi sahaja yang akan menerima surat tawaran.
​
Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :