top of page

DIPLOMA PENTADBIRAN SISTEM MAKLUMAT

(TVET)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube

@ iptskills

Screenshot 2023-10-18 175320_edited.jpg

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pentadbiran Sistem Maklumat kepada pelajar yang bercita-cita bekerja dalam bidang pengurusan atau pentadbiran sesebuah syarikat atau organisasi.

Objektif Program 1. Mendidik dan menerapkan etika dan moral kerja tinggi dalam bidang pengurusan pejabat yang membawa kepada graduan berketerampilan, berakhlak, bertanggungjawab serta komited ke arah kecemerlangan, kepimpinan, integriti dan profesionalisme yang dipilih. 2. ​Melatih dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan pentadbiran sesuai dengan piawaian dan permintaan industri di Malaysia dan antarabangsa. 3. ​Menerapkan nilai dan budaya keusahawanan sepanjang tempoh pengajian dan melengkapkan belia dengan pengetahuan dalam perniagaan.

Hasil Pembelajaran Program 1. Melahirkan graduan pengurusan pejabat yang beretika dan memiliki nilai kerja tinggi serta komited dalam menjalankan tugas sebagai kakitangan pejabat. 2. Membentuk graduan yang memenuhi piawaian dan standard yang telah ditetapkan oleh industri. 3. Mewujudkan graduan yang berilmu dan berpengetahuan dalam bidang keusahawanan seterusnya mampu melahirkan usahawan baru yang berdaya saing dan bercita-cita tinggi.

Sijil Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat
dikeluarkan & diiktiraf oleh :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), 

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

SIJIL DKM FB-081 new-02.png

Kelebihan Melanjutkan Pelajaran Diploma Kemahiran Malaysia 

5.jpg
Dapat Fokus &  Pembelajaran Yang Mudah Difahami

Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.   

​

Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat  memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar. 

Image by micheile henderson
Tidak Perlu Risau 
Berkenaan Kewangan

Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan, elaun pengangkutan dan elaun belian komputer disediakan.

​

Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan. 

Image by RUT MIIT
Diploma Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan 

Sijil DKM diiktiraf kerajaan dan Pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.

​

Sistem latihan DKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil

Apakah kursus Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat  ?

Di IPTSkills pelajar akan memulakan pengajian dari peringkat permulaan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (merangkumi 1,2&3) dan selepas itu terus ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4. Sistem pengajian ini membolehkan pelajar yang tidak mempunyai sijil PT3 dan SPM layak untuk menyertai program diploma dan tempoh masa untuk memperolehi sijil diploma dapat disingkatkan.

Di tahap 3, pelajar akan didedahkan dengan pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan dan latihan komunikasi, pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas serta pengurusan inventori dan perolehan pejabat. Pelajar juga akan mempelajari pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, mencetak dan memfailkan dokumen serta pendedahan dalam menyelia kakitangan melibatkan aktiviti latihan dalaman, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan.

Di tahap 4, pelajar akan didedahkan dengan pentadbiran keselamatan sistem komputer syarikat, penyelenggaraan dan latihan pengendalaian sistem komputer dan software syarikat. Selain itu pelajar dilatih untuk mengawal inventori menggunakan sistem komputer dan akitviti pemasaran syarikat di internet dan sosial media. Akhir sekali, pelajar akan dilatih merancang, menyelia, mengurus dan menyelesaikan sesuatu projek.

Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat @ IPTSkills

Penerangan Kursus Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat (TVET) di IPTSkills

Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Pengurusan Pejabat di IPTSkills berbanding di tempat lain

Penerangan fasiliti dan peralatan di
Makmal Pentadbiran Pejabat IPTSkills

Kelebihan Belajar di IPTSkills 

Testimoni Pelajar TVET Pentadbiran

Image by Guillaume de Germain
Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan

Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.  

 

Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang  bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.

Screenshot 2023-10-18 182603_edited.jpg
Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti

Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.

​

Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.   

Ikea Mutiara Damansara.jpg
Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses

IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan. 

​

Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.

Image by Annie Spratt

ISI KANDUNGAN KURSUS

SKM

1. Operasi Kauter Hadapan - Melayani Tetamu - Pengendalian Komunikasi Masuk/Keluar Pejabat - Pengendalian Barang Masuk/Keluar Pejabat - Rekod Aktiviti Penerimaan Kaunter Hadapan

2. Pengendalian Kewangan Pejabat - Penyediaan Panjar Wang Runcit (petty cash) - Pengendalian Kutipan Bil - Pengendalian Baucar Pembayaran - Penyediaan Ringkasan Laporan Kewangan Pejabat

3. Pengendalian Perolehan Pejabat - Penyediaan Borang Permintaan - Pengendalian Masuk Dokumen Perolehan - Pengendalian Barangan Pembelian - Menyelaras Pembaharuan Lesen Perolehan - Rekod Aktiviti Pengendalian Perolehan Pejabat

4. Pengendalian Inventori Pejabat - Semak Ketersediaan Inventori Pejabat - Melaksanakan Permohonan Inventori Pejabat - Melaksanakan Pengeluaran Inventori Pejabat - Pantau Pergerakan/ Pemindahan Dan Penyelenggaraan Peralatan Pejabat - Pemantauan Barangan Pejabat Yang Tamat Tempoh/ Dikitar Semula - Rekod Aktiviti Pengendalian Inventori

5. Pengendalian Logistik & Penginapan Kakitangan - Mengatur Perjalanan Dan Penginapan Kakitangan - Menyelaras Tugasan Penghantaran - Menyelaras Mesyuarat/ Susunan Acara - Rekod Aktiviti Pengendalian Logistik

6. Penyediaan Dokumentasi Pejabat - Menghasilkan Dokumen Pejabat - Mendaftar Dokumentasi Pejabat - Cetak Dokumen Pejabat - Binding Dokumen Pejabat - Failkan Dokumen Pejabat

DKM

8. Pentadbiran keselamatan sistem maklumat - Merancang langkah keselamatan sistem maklumat - Melaksanakan keselamatan sistem maklumat - Melaporkan pelaksanaan keselamatan sistem maklumat

9. Penyelarasan Penyelenggaraan Sistem Maklumat - Mengenal pasti keperluan penyelenggaraan sistem maklumat - Menyediakan keperluan penyelenggaraan sistem maklumat - Menyelaras aktiviti penyelenggaraan pencegahan sistem maklumat - Menyelaras aktiviti penyelenggaraan pembetulan sistem maklumat - Menilai penyelenggaraan sistem maklumat - Menghasilkan laporan penyelenggaraan sistem maklumat

10. Latihan Pengguna Sistem Maklumat - Menyediakan keperluan latihan pengguna sistem maklumat - Menjalankan aktiviti latihan pengguna sistem maklumat - Melaporkan aktiviti latihan pengguna sistem maklumat

11. Kawalan Inventori Sistem Maklumat - Merancang aktiviti kawalan inventori - Menjalankan pemeriksaan peralatan, pekakasan dan bahan - Menyediakan permintaan peralatan, pekakasan dan bahan - Menyelaras peralatan, pekakasan dan pergerakan bahan - Menyediakan laporan aktiviti kawalan inventori

12. Pemasaran Sistem Maklumat - Kenal pasti keperluan pemasaran sistem maklumat - Melakukan aktiviti promosi perkhidmatan sistem - Membuat penilaian keberkesanan aktiviti pemasaran sistem maklumat - Menyediakan laporan pemasaran sistem maklumat

13. Penyelarasan Projek Sistem Maklumat - Menganalisis keperluan penyelarasan projek sistem maklumat - Menyelaras aktiviti projek sistem maklumat - Menjalankan penilaian projek sistem maklumat - Melaporkan aktiviti penyelarasan projek sistem maklumat

7. Penyeliaan Kakitangan Pentadbiran - Mengendali Latihan Dalaman - Menjalankan Penilaian Kakitangan - Memantau Pelupusan Sisa Pejabat - Penyediaan Bajet Jabatan/ Bahagian - Mengendali Mesyuarat/Taklimat Kakitangan - Pantau Pelaksanaan Kesihatan, Keselamatan, Kesejahteraan dan Persekitaran Pekerjaan - Pantau Aliran Kerja Dan Kemajuan Kerja

Isi Kandungan Kursus

Prospek Kerjaya

Program ini menawarkan peluang kerjaya yang baik bermula dari jawatan sebagai kerani pentadbiran, pengurus media sosial, pengurus di mana-mana syarikat dan juga menjadi pensyarah dalam bidang pentadbiran pejabat.

Bhgn. Pengurusan

Membantu kelicinan operasi harian syarikat melibatkan semua jabatan seperti sumber manusia, akaun dan lain-lain.

Pengurus SocMed

Mengetuai jabatan / bahagian sosial media syarikat agar sasaran pemasaran dan jualan tercapai.

Pengurus

Mengetuai operasi dan kakitangan sesebuah jabatan / syarikat agar sasaran tahunan, visi dan misi syarikat tercapai.

Pensyarah

Penjadi tenaga pengajar dalam bidang pentadbiran pejabat di pusat bertauliah / kolej kemahiran awam atau swasta.

Image by Cole Keister

Pendidikan Lanjutan

Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat:​

  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau

  • Sarjana Muda MQA (Degree) dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat atau

  • Diploma TVET-i - Diploma Pensyarah Kemahiran

Sijil Akan Diterima :​

  • Diploma Kemahiran Malaysia

Pentadbiran Sistem Maklumat

  • Sijil Kemahiran Malaysia

Pentadbiran Pejabat

Tahap 4

(FB-081-4:2012)

Tahap 3

(N821-001-3:2020)

  • Sijil Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan

  • Sijil Kemahiran Komputer Level 3

(Word, Excel & Powerpoint)

Jangka Masa :​

  • 2 tahun 2 bulan + 3 bulan internship

Kemasukan :​

  • Mac & Apr 2024

Jika sudah ada SKM 3 bidang yang sama (FB024 / N821) : 9 bulan + 3 bulan internship

Classroom

Syarat Kelayakan

  1. ​Berdisiplin dan komited

  2. Berumur 16 hingga 26 tahun

  3. Sihat tubuh badan

  4. Boleh membaca, mengira & menulis 

Kemasukan 50 orang sahaja

Yuran Kursus

RM500.00 -> RM300.00

Yuran Proses :

Yuran Kursus : RM 24,625.00

*Yuran kursus adalah mengikut kadar yuran PTPK yang baru tahun 2022.

Pelajar yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk yuran kursus, elaun sara hidup (RM600 sebulan), elaun pengangkutan (RM500) dan elaun komputer (RM2,500) dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Jika sudah ada SKM 3 bidang yang sama (FB024 / N821) : RM 9,750.00

Image by Andyone

*Mengikut terma dan syarat

PELAJAR KEMASUKAN 2024 SAHAJA!

DAFTAR HARI INI !

  • Yuran proses RM300*  

  • PERCUMA 4 bulan pertama yuran Penginapan Pelajar & Deposit RM150 sahaja (jimat RM100)*

  • Kos perjalanan pelajar untuk kemasukan ditanggung oleh kami *

PENGINAPAN PELAJAR

Panduan kemudahan penginapan pelajar IPTSkills

Penginapan pelajar disediakan untuk pelajar yang memerlukan. 

  • Rumah Setingkat

  • Apartment

Business Meeting

Kemudahan @ IPTSkills

Kemudahan yang tersedia di sekitar IPTSkills

Panduan perjalanan dari KL Sentral ke IPTSkills menggunakan pengangkutan awam

Cara Permohonan Menyertai Kursus

1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, isi Borang Permohonan Online dan tekan Submit.

​

2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan hubungi / Whatsapp anda berkenaan permohonan dan kemasukan kursus. Jika tidak terima Whatsapp dari kami sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsappkan ke 011-6323 5200.

​

3. Surat Tawaran Kemasukan akan diposkan selepas pegawai kami menghubungi anda.

​

*Hanya pemohon yang berjaya dihubungi sahaja yang akan menerima surat tawaran.

​

 

Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :

ICON PAYMENT-04.png
Borang Pendaftaran
BORANG PERMOHONAN ONLINE
DIPLOMA PENTADBIRAN SISTEM MAKLUMAT (TVET)

Maklumat Berkenaan Kelayakan Anda

Selepas tekan butang Submit dibawah, jika anda tidak menerima notis PERMOHONAN BERJAYA DITERIMA, sila tekan butang SUBMIT sekali lagi. Jika tidak berjaya juga, sila tangkap gambar borang yang diisi dan Whatsapp ke 011-63235200.

Permohonan Berjaya Diterima. Jika anda tidak terima Whatsapp dari institut dalam masa 3 hari, sila Whatsapp ke 011-63235200.

Gambar Pelajar Di IPTSkills
Pelajar Kursus TVET
Pelajar Kursus TVET

2019

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
KULINARI

Individu yang ingin bekerja di hotel atau restauran terkemuka sebagai chef boleh sertai KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN di institut kami.

bottom of page