Pengurusan Pejabat
TVET
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia
PENTADBIRAN PEJABAT

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat (Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat) Tahap 3 (merangkumi tahap 1, 2 & 3) kepada pelajar yang bercita-cita bekerja dalam bidang pengurusan atau pentadbiran sesebuah syarikat atau organisasi.
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM

Dapat Fokus & Pembelajaran Yang Mudah Difahami
Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.
Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar.

Tidak Perlu Risau
Berkenaan Kewangan
Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan, elaun pengangkutan dan elaun belian komputer disediakan.
Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan.

Sijil Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan
Sijil SKM diiktiraf kerajaan dan Pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.
Sistem latihan SKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil

Apakah kursus SKM Pentadbiran Pejabat ?
Sijil Kemahiran Malaysia Pentadbiran Pejabat atau dulunya dikenali sebagai SKM Pengurusan Pejabat dan Penyeliaan Pengurusan Pejabat adalah kursus untuk melatih pelajar dengan pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, latihan juga diberikan berkaitan pengurusan inventori dan perolehan pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, mencetak, mengikat dan memfail dokumen. Pelajar juga diberi pendedahan dalam menyelia kakitangan pentadbiran melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan. Akhir sekali, pelajar juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi dan pengurusan barangan keluar-masuk dan merekod aktiviti kaunter hadapan.

SKM Pentadbiran Pejabat @ IPTSkills


Pendaftaran
Kemasukan
2023
Dibuka
Sekarang !
Penerangan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat (Pengurusan Pejabat) di IPTSkills
Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Pengurusan Pejabat di IPTSkills berbanding di tempat lain
Kelebihan Belajar di IPTSkills
Testimoni Pelajar IPTSkills

Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan
Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.

Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti
Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.
Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.

Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses
IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan.
Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Sijil Akan Diterima :