PENGUMUMAN:
TIADA KEMASUKAN KURSUS VTO 2023
Harap Maklum. Terima Kasih
KURSUS VTO
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
OPERASI LATIHAN VOKASIONAL
(VOCATIONAL TRAINING OPERATION - VTO)
Pada tahun 2017, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengiktiraf Institute Of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Latihan Vokasional (VTO) kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengajar / pensyarah / cikgu dalam bidang kemahiran.
Sijil Kursus VTO
dikeluarkan & diiktiraf oleh :
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Apakah Kursus VTO ?
VTO merupakan singkatan kepada Vocational Training Operation atau nama rasminya Kursus Sijl Kemahiran Malaysia Operasi Latihan Vokasional adalah kursus untuk melatih pelajar dalam teknik mengajar bidang kemahiran dimana pelajar akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM (modul), teknik mengajar bidang kemahiran, latihan pembangunan soalan teori dan amali dan lain-lain.
Akta 652 (NASDA) Standard 6: "Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia."
Siapa yang patut menghadiri Kursus VTO ?
Individu yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar / cikgu / pensyarah di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh sertai Kursus VTO?
Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran
Kenapa perlu mempunyai Sijil VTO ?
Sijil VTO diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Sorotan Kursus
Siapa & Kenapa Perlu Mempunyai Sijil VTO?
Pensyarah
Sepenuh Masa
Mereka yang memerlukan Sijil VTO bagi memenuhi syarat pekerjaan.
Contoh : Cikgu / pensyarah sepenuh masa bidang kemahiran di kolej kemahiran kerajaan dan swasta (Pegawai Penilai) diwajibkan mempunyai Sijil VTO untuk mengajar Sijil Kemahiran Malaysia atau Diploma Kemahiran Malaysia.
Pensyarah
Separuh Masa
Mereka yang memerlukan kemahiran mengajar untuk tujuan permohonan kerja.
Contoh : Mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja dalam bidang kecantikan tetapi tidak mempunyai kemahiran mengajar untuk bekerja di kolej kemahiran sebagai pensyarah separuh masa (Tenaga Pengajar).
Pengajar Kursus
Jangka Pendek
Sijil Train The Trainer (TTT) dari PSMB(HRDF) diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek dibawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500. Mereka yang memiliki Sijil VTO mendapat pengecualian mengikuti Kursus TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200) bagi mendapatkan Sijil TTT.
Testimoni Pelajar VTO
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Operasi Latihan Vokasional / Vocational Training Operation (VTO)
(I-031-3:2014)
Jangka Masa :
-
Full-time, 3 bulan teori + 6 bulan internship
-
Part-time, 4.5 bulan teori + 6 bulan internship
Pembelajaran : Offline
Kemasukan : 2022
1.Teaching & Learning Implementation
-
Determine Training Requirements
-
Facilitate Training Session
-
Mentor trainee
-
Coach trainee
-
Supervise trainee
-
Guide (counsel) trainee
2.Competency Based Curriculum Development
-
Conduct Job Analysis
-
Develop Course of Study (CoS)
-
Develop Learning Guide (LG)
-
Develop Curriculum of Competency Unit (CoCu) Matrix
Modul Kursus
3.Competency Assessment Development
-
Analyze assessment needs and requirement
-
Develop assessment plan
-
Prepare assessment session
-
Conduct knowledge assessment session
-
Conduct performance assessment session
-
Perform candidates’ performance measurement
4.Teaching & Learning Materials Development
-
Develop Written Instructional Materials (WIM)
-
Prepare Lesson Plan
-
Prepare training Tools, Equipment Materials (TEM)
5.Co-Curriculum Activities Implementation
-
Identify Co-Curriculum Activities
-
Organise Co-Curriculum Activities
-
Evaluate Co-Curriculum Activities
-
Prepare Co-Curriculum Activities Reports
6.Training Facilities Security & Safety Implimentation
-
Perform training facilities support function
-
Perform training procurement activities
-
Organize safety health & environment
-
Organize training facilities security
7.Instructional Delivery
-
Prepare pre lesson requirement
-
Conduct Lesson Preparation
-
Conduct Lesson Presentation
-
Conduct Instructional Delivery Application
-
Conduct Lesson Confirmation
Syarat Kelayakan
-
Lulus sesi temuduga & hadir sesi penerangan di institut.
-
Warganegara Malaysia
-
Berumur 20 hingga 50 tahun
-
Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik
-
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dan ke atas.*
*Pemohon yang tiada SKM 3 perlu mempunyai pengalaman bekerja lebih 3 tahun dalam bidang kemahiran diceburi. Sila klik disini.
Yuran Kursus
Yuran Proses : RM 300.00
Yuran Kursus : RM 4,500.00
Peserta berumur 18 hingga 45 tahun yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pinjaman untuk yuran kursus dan elaun sara hidup (RM400 sebulan) dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
25 tempat sahaja
*Yuran kursus adalah mengikut kadar yuran PTPK yang baru tahun 2022.