top of page
Image by Gautam Arora

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

PENGASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(T982-001-3:2017)

Pada tahun 2018, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengiktiraf Institute Of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada mereka yang berminat untuk menceburi kerjaya bekerje di TASKA.

Sijil SKM Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak

dikeluarkan & diiktiraf oleh :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), 

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

PPAK CERT.png
Image by Peter Gargiulo

Apakah Kursus SKM Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak - Kanak (SKM PAK) ?

Kursus SKM Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak - Kanak adalah kursus yang memberi pendedahan dan pengetahuan khusus berkaitan aktiviti pengasuhan dan penjagaan bayi bermula dari umur 0 hingga 4 tahun. Peserta yang mengikuti kursus didedahkan dengan ilmu berkaitan pengurusan bayi seperti mandi dan perapian bayi, penyediaan makanan dan minuman, kesihatan dan keselamatan serta penerapan ilmu pendidikan bersesuaian dengan tahap umur dan perkembangan bayi.

Kenapa perlu mempunyai sijil ini sekiranya sudah mempunyai Sijil Kursus Asuhan PERMATA (Sijil KAP) ?

  1. Sijil KAP dilaksanakan bagi memenuhi sukatan kurikulum PERMATA yang telah diwajibkan kepada semua pengusaha TASKA kerajaan mahupun swasta. Bagaimanapun, pelaksanaan kursus yang padat dan pendek menyukarkan kefahaman peserta untuk memahami kesemua silibus yang ditawarkan.SKM yang dijalankan menerapkan falsafah dan pengetahuan berkaitan kurikulum PERMATA secara lebih mendalam dan menyeluruh kepada peserta dengan tempoh yang lebih panjang dan bersesuaian dengan keperluan kursus tersebut.

  2. Sijil SKM yang diterima memungkinkan peserta melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada mengikuti Diploma Kemahiran ataupun Diploma yang ditawarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (MQA) berbanding Sijil KAP hanya boleh digunakan untuk bekerja sebagai pengasuh TASKA sahaja.

  3. Lebih banyak ruang pekerjaan dan peluang yang boleh dibuat sekiranya peserta memiliki sijil SKM seperti menjadi tenaga pengajar kemahiran dalam bidang PAK serta menjadi Pegawai Verifikasi bagi bidang PAK.

  4. Sijil KAP mengkhusus kepada kurikulum PERMATA sahaja sedangkan SKM PAK melibatkan pelaksanaan kurikulum serta pengurusan dan pentadbiran TASKA.  

Siapa yang patut menghadiri kursus ini ?

  1. Individu lepasan SPM yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

  2. Individu yang berhasrat ingin membuka perusahaan TASKA 

  3. Individu yang ingin menukar kerjaya makan gaji kepada pengusaha bidang pendidikan awal kanak-kanak

  4. Individu yang mempunyai minat dalam industri pendidikan awal kanak-kanak

Bolehkah sijil kursus ini digunakan untuk melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi ?

Boleh. Sijil SKM yang diterima memungkinkan peserta melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada mengikuti Diploma Kemahiran (DKM) ataupun Diploma (MQA) yang ditawarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Apakah sijil yang akan diterima ?

Pelajar akan terima 2 sijil

1. SKM Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2. Sijil Kursus Asuhan PERMATA (Sijil KAP)

Kerjaya Di Masa Hadapan

Young Kids in Class

Pengasuh /  Kakitangan TASKA

taska7.jfif

Pengusaha / Pemilik TASKA

taska6.jfif

Pengajar Kursus Pendidikan Awal Kanak - Kanak 

Testimoni Pelajar IPTSkills

newww (1 of 1)
4b06fa68-5437-4f7b-8e86-912045a0309f
P_20190408_171450
WhatsApp Image 2020-02-27 at 4.58.38 PM.
IMG-20181229-WA0094
IMG-20181229-WA0010
Kursus VTO
P_20171031_144621

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 

Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak

(T982-001-3:2017)

Kemasukan :  Jul / Ogo 2021

Jangka Masa : Full-time - 12 bulan

Mod : Online & Offline

Syarat Kelayakan : 16 Tahun ke atas

Classroom

Yuran Kursus

Yuran Proses :  RM 300.00

Yuran Kursus KAP : RM 900.00

Yuran Kursus SKM : RM 8,000.00

Pelajar berumur 18 hingga 45 tahun yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pinjaman untuk Yuran Kursus SKM dan Elaun Sara Hidup (RM400 sebulan) dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

25 tempat sahaja

Pelajar berumur 46 tahun ke atas diberi kelonggaran bayaran yuran secara ansuran dan diskaun yuran jika bayaran lump sum.  

Promosi Untuk Bayaran Lump Sum : RM 7,500.00

hingga 31 Mac 2021

Promosi 2021

Setiap pelajar kemasukan Feb / Mac 2021 akan dapat menyertai Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (Kursus KAP) secara PERCUMA tajaan IPTSkills bernilai RM 900 seorang.

Yuran Penginapan Pelajar 

RM 300.00 sebulan -> RM 150.00 sebulan

1.Early Childhood Daily Routine Care

  • Carry Out Child Receiving

  • Carry Out Child Grooming

  • Carry Out Child Meals Preparation

  • Carry Out Sleeping And Resting Activity

  • Carry Out Early Childhood Routine Activities Care

  • Carry Out Child Returning

2.Early Childhood Education And  Development

  • Carry Out Personality, Socio-emotion And Spiritual Development

  • Carry Out Physical And Psychomotor Development

  • Carry Out Initial Mathematical Skills And Logical Thinking Development

  • Carry Out Sense And Understanding Of Environment Development 

Modul Kursus
  • Carry Out Language, Communication And Early Literacy Development

  • Carry Out Creative And Aesthetic Development

  • Carry Out Balance Diet Planning And Preparation Activities

  • Carry Out Early Childhood Special Needs Integration

  • Carry Out Early Childhood PERMATA Curriculum Implementation

 

3.Early Childhood Behavior And Social Value Instilment

  • Carry Out Good  Behavior Instilment Activities

  • Carry Out Social Value Instilment Activities

  • Carry Out Self-Care Skills Activities

  • Carry Out Patriotism Instilment Activities

4.Early Childhood Care Centre Operation Support

  • Prepare Education And Development Area

  • Prepare Low Cost Learning Material

  • Handle Transit Children

  • Prepare Neglected And Abuse Child

  •  Handle Baby And Children Safety Requirements

  • Coordinate Parent And Community Involving Activities 

5.First Aid Administration

  • Carry Out Injuries Assessment

  • Carry Out Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) Procedure

  • Carry Out Immobilisation Of Injured Area

  • Carry Out Rest Ice Compression Elevation (RICE) Treatment

  • Administer Open Wound Treatment

  • Carry Out Injuries Referral

Painting

KURSUS KAP

Individu yang sedang bekerja di TASKA dan memerlukan Sijil Kursus Asuhan PERMATA boleh sertai kursus tersebut di institut kami.

bottom of page